Panduan Lengkap Elak Scam Pelaburan di Malaysia 2025
Tertanya-tanya sama ada pelaburan itu sah atau sekadar scam? Anda tidak keseorangan, Scam pelaburan di Malaysia semakin licik dengan pelbagai taktik baru seperti pelaburan palsu di Telegram dengan syarikat pelaburan tidak sah- skim ponzi, scam crypto dan forex. Ramai mangsa dijanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat, tetapi akhirnya kehilangan wang simpanan. Di halaman ini, anda akan belajar cara mengenal pasti scam pelaburan, ketahui trend terkini, semak syarikat yang sah, dan langkah-langkah untuk melaporkan penipuan.

Ringkasan
- Strategi dan Taktik Digunakan oleh Sindiket Scammer Pelaburan di Malaysia
- Jenis-Jenis Scam Pelaburan Paling Kerap Terjadi di Malaysia
- Tanda-Tanda Anda Terjatuh ke dalam Perangkap Investment Scam
- Cara-Cara Mengelakkan Diri Daripada Menjadi Mangsa Scam Pelaburan
- Senarai Syarikat Pelaburan Sah dan Syarikat Pelaburan Scammer di Malaysia
- Langkah-Langkah Perlu Diambil Sekiranya Anda Ditipu oleh Investment Scam Malaysia
- Kesimpulan: Bijak Melabur, Elak Menjadi Mangsa Scam Pelaburan
- Soalan Lazim Tentang Penipuan Pelaburan
Strategi dan Taktik di Sebalik Penipuan Pelaburan di Malaysia
Sindiket scammer pelaburan semestinya salah satu ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia di mana setakat enam bulan terawal bagi tahun ini saja, sebanyak 4368 kes jenayah scam pelaburan dengan kerugian wang bernilai sebanyak RM750 juta telah dicatat, menurut kenyataan pihak Polis Diraja Malaysia baru-baru ini.
Demi membantu anda mengelaki beraneka penipuan pelaburan yang berbahaya di Malaysia, pakar penyelidikan kami menyediakan panduan ini yang dilengkapi dengan semua maklumat penting yang akan membuka mata anda. Teruskan membaca!
Secara umumnya, investment scam Malaysia hari ini menggunakan beberapa taktik atau helah untuk memperdayakan mangsa-mangsa mereka termasuk:
- Skim Pelaburan Dengan Jaminan Kadar Pulangan Yang Tinggi Dalam Masa Singkat – Scam pelaburan biasanya menawarkan kadar pulangan yang jauh lebih tinggi daripada mana-mana satu pelaburan di pasaran seperti 100% dalam tempoh masa enam bulan saja.
- Promosikan atau Pengiklanan Menerusi Platform Media Sosial – Sindiket scammer pelaburan semakin mahir menggunakan media sosial popular terutamanya Facebook, Instagram, TikTok, Telegram, WhatsApp dan WeChat untuk mempromosikan skim pelaburan palsu mereka kerana cara ini mudah serta laju dan sukar dijejaki.
- Testimoni, Sijil Pengiktirafan dan Lesen Melabur Palsu – Penipu Scam pelaburan yang berpengalaman juga pandai meniru pelbagai dokumen sah seperti sijil beroperasi atau melabur yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara atau Securities Commission (SC) dan juga menggunakan gambar palsu seperti produk pelaburan, pejabat HQ ataupun sokongan selebriti untuk manipulasikan mangsa mereka.
- Bersepakat dengan Mangsa Lain – Sesetengah sindiket scam pelaburan akan mengugut mangsa-mangsa mereka untuk menipu lebih ramai pelabur baru supaya mereka boleh mendapatkan balik modal wang sendiri masing-masing. Justeru, mereka boleh memaksa mangsa-mangsa ini menjadi ‘ejen-ejen baru’ dan menipu lebih ramai orang lagi dengan taktik berbentuk ‘keyakinan berkelompok’ ini.
- Penggunaan AI, Deepfake dan Laman Web Tiruan – Terdapat juga sindiket scammer pelaburan bertaraf profesional yang boleh menggunakan teknologi AI dan Deepfake untuk menghasilkan video promosi atau profil syarikat yang setanding dengan syarikat besar di luar sana hari ini. Selain itu, mereka boleh juga membina laman web berkualiti tinggi untuk memperdayakan mangsa-mangsa mereka dengan profil, akaun pelaburan, butiran pelaburan yang berubah-ubah mengikuti pasaran terbuka yang dipalsukan.
Jenis-Jenis Scam Pelaburan Popular 2025
Jadi, apakah jenis investment scam yang biasa didapati di Malaysia hari ini? Berdasarkan hasil penyelidikan pakar profesional kami, berikutnya merupakan kategori-kategori penipuan pelaburan yang semakin berleluasa di kalangan orang ramai secara online:
Scam Forex dan Binary Options Trading | Penipu akan gunakan produk atau platform pelaburan matawang asing yang palsu untuk menipu mangsa mereka dengan pulangan tinggi dalam masa singkat. |
Scam Pelaburan Wang Kripto | Sindiket penipuan pelaburan Crypto suka memperdayakan mangsa mereka untuk membeli wang kripto tertentu di platform dagang wang kripto dengan janji kosong bahawa mereka akan dapat keuntungan yang berlipat ganda. |
Skim Cepat Kaya/Ponzi | Skim Ponzi semestinya satu bentuk penipuan pelaburan yang bersaiz besar dan melibatkan lebih ramai mangsa sekaligus di mana sindiket penipuan biasanya luangkan lebih banyak masa dan sumber untuk berjaya mencapai motif utama mereka. Contohnya, MBI International Group yang baru dilaporkan baru-baru ini. |
Scam Pelaburan Emas | Sindiket scammer pelaburan emas biasanya akan menawarkan peluang membeli emas yang berharga jauh lebih murah daripada harga semasa dan juga menipu bahawa mereka dapat menjualkannya kepada peniaga-peniaga barang kemas sekali gus. |
Skim Piramid atau MLM Tidak Berlesen Sah | Skim Piramid menjanjikan pulangan yang tinggi kepada sesiapa yang berupaya mendapatkan pelabur baru yang menjadi ‘Downline’ tetapi hanya akan wujud untuk satu tempoh masa yang terhad sahaja sebelum penipu itu larikan diri dengan semua wang yang ditipunya. |
Penipuan ‘Datuk’, ‘Datuk Seri’ atau Gelaran Lain yang Palsu | Sesetengah penipu akan membina profil media sosial palsu dan gelar dirinya ‘Datuk’ atau orang besar yang memiliki perhubungan baik dengan pegawai kerajaan atau ahli kerabat Diraja dan boleh menawarkan peluang pelaburan yang amat menawan. |
Investment Scam Telegram | Sindiket Scam Telegram boleh menawarkan pelbagai bentuk pelaburan termasuk saham, emas, Forex, ASNB, unit trust, wang Kripto, bisnes atau produk terkini menerusi Telegram Group dan Telegram Channel yang dibina untuk mengumpan mangsa mereka. |
Scam Pelaburan Bisnes | Sindiket penipu juga boleh menyamar sebagai syarikat, peniaga atau pembekal untuk memperdayakan wakil syarikat atau pemilik perniagaan supaya mereka akan memberikan wang atau aset perniagaaan tanpa sedari bahawa mereka sudah tertipu. |
Tanda-Tanda Anda Sedang Terperangkap Dalam Investment Scam
Sekiranya anda ingin menjadi seorang pelabur yang bijak, anda harus tahu tanda-tanda Investment scam Malaysia seperti yang dinyatakan di bawah ini.
- Jaminan Pulangan Tinggi Yang Tidak Realistik – Tiada satu bentuk pelaburan yang boleh menjamin pulangan tinggi atau bebas daripada risiko kerugian. Anda harus berhati-hati dengan pihak ketiga yang berikan jaminan seperti ini!
- Dokumen Sah Palsu Atau Tidak Wujud – Elakkan produk pelaburan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa seperti SC atau Bank Negara. Jika pihak ketiga tegaskan bahawa produk pelaburan itu diluluskan, anda masih boleh mengesahkannya di laman rasmi tersebut.
- Perlu Membayar Deposit atau Yuran Pendaftaran Terlebih Dahulu – Sindiket Investment scam Malaysia biasanya akan mengenakan pelbagai caj tambahan dan kos pemprosesan yang direka-reka untuk memaksimumkan bayaran yang anda kena bayar dahulu untuk mulakan pelaburan.
- Struktur Operasi, Jual Beli Produk dan Model Bisnes Yang Kurang Jelas – Sindiket scammer pelaburan biasanya akan membesar-besarkan strategi atau produk terbaru di pasaran yang anda akan melabur tetapi maklumat yang diberikannya amat terhad seperti cara pemasaran, kadar keuntungan, pelan bisnes, ataupun nama syarikat yang didaftarkan secara sah.
- Syarikat Perantara atau Pedagang Saham Yang Tidak Dilesenkan – Setiap penasihat pelaburan atau Broker diwajibkan memegang lesen sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di seluruh dunia. Penipu pelaburan selalunya akan menolak permintaan anda untuk mengesahkan dokumen mereka atas berbagai-bagai alasan.
- Pelabur Tidak Dapat Mengeluarkan Wang Pelaburan Dalam Tempoh Masa Yang Ditetapkan – Sindiket investment scam akan kenakan terma dan syarat yang tidak masuk akal untuk melarang mangsa mereka daripada meminta pengeluaran wang supaya mereka boleh melenyap dengannya tanpa sebarang masalah.
- Laman Web Atau Platform Pelaburan Yang Tidak Cukup Profesional – Sindiket penipu ini biasanya tidak akan membazirkan masa yang terlalu panjang atau tidak memiliki kemahiran yang secukupnya untuk membina laman web atau platform pelaburan yang setaraf dengan syarikat sah.
Cara Elak Jadi Mangsa Scam Pelaburan
Jika anda ingin menjadi seorang pelabur bijak, langkah pertama adalah sentiasa mengelakkan diri daripada menjadi mangsa investment scam dahulu!
Demi membantu anda, berikutnya merupakan cara-cara pencegahan penipuan pelaburan yang dicadangkan oleh pakar profesional kami:
- Semak latar belakang syarikat pelaburan atau Broker di laman web SC Investment Checker atau Bank Negara.
- Mengesahkan maklumat pelaburan atau syarikat yang diberikan oleh pihak ketiga menerusi sumber-sumber lain yang boleh dipercayai.
- Jangan mudah terpercaya tawaran pelaburan dengan pulangan yang tinggi atau bebas dari risiko.
- Semak nombor akaun bank atau telefon pihak ketiga melalui portal Semak Mule.
- Jangan kongsikan butiran peribadi atau berikan wang anda kepada pihak ketiga yang tidak dikenali.
- Abaikan panggilan telefon dan mesej dari orang tidak dikenali. Report nombor telefon serta profil yang mencurigakan.
Senarai Syarikat Pelaburan Sah & Scammer di Malaysia 2025
Adakah anda tahu bahawa anda boleh semak kesahihan syarikat pelaburan atau Broker yang menghubungi anda sebelum membuat keputusan di laman-laman rasmi pihak berkuasa di Malaysia? Misalnya, berikutnya merupakan setiap syarikat pelaburan yang baru disenarai hitamkan oleh Bank Negara!
Nama Entiti | Laman Web atau Platform Media Sosial (Link) |
---|---|
Abundant Land Trading | |
AHAM Capital Investment Berhad (Potential Clone Entity) | – |
Setia Capital Trading | – |
BelleoFX Academy |
Telegram 1 Telegram 2 Telegram 3 Telegram 4 Telegram 5 Telegram 6 |
Berjaya Tabung Haji (Potential Clone Entity) | |
Chad Gibbons | |
Ciotti Ciara Caitlyn | |
Connor Jared Michael | |
700 Investment Malaysia | |
Financial Trader | |
First Star Capital (Potential Clone Entity) | |
G1001 Luno Investment | |
Halal Prosper Ventures | |
213 PB Gold Investment | |
I3 Investor/I3 Trust Holdings (Potential Clone Entity) | – |
Jamal Boyer Mario | |
LOB Pelaburan | |
M Plus Global Investment | |
Motion Investment | |
Musaffa Investment (Potential Clone Entity) | – |
MyMoneyChangers.com |
TikTok Facebook 1 Facebook 2 YouTube 1 YouTube 2 Telegram |
P2Connect | |
456 PMB Investment Berhad | |
Parker Staudt Scully | |
500 Luno Malaysia | |
Personal Trust | |
Ryan Roca Macha | |
902 Golden Investment Trading | |
State Invest | |
The Arabic Way | |
Vanguard Saham Group | |
B Wealth Solution 214 |
Sila lihat bawah untuk menyemak senarai penuh syarikat pelaburan yang sah di Malaysia serta senarai syarikat pelaburan scammer yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara.
- Suruhanjaya Sekuriti’s Investor Alert List – Mengandungi semua nama individu serta entiti yang tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
- Suruhanjaya Sekuriti’s Investment Checker – Semak kesahihan individu atau entiti yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menawarkan, mempromosikan atau menjual sebarang produk atau servis pasaran pelaburan di Malaysia.
- Bank Negara’s Financial Consumer Alert List – Mengandungi semua nama individu serta entiti yang tidak diluluskan oleh BNM.
Langkah-Langkah Untuk Diambil Jika Anda Sudah Ditipu
Sekiranya anda terjerat dalam perangkap penipuan pelaburan atau sebarang percubaan yang mencurigakan, usah panik dan ikutilah langkah-langkah mudah di bawah ini! Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) merupakan pusat operasi yang ditujukan untuk membantu semua rakyat Malaysia termasuk anda dalam mengendalikan kes jenayah penipuan dalam talian.
Berikutnya merupakan langkah-langkah mudah yang anda harus ambil:
- Dial talian 997 dan laporkan kejadian scam pelaburan anda kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dengan serta-merta.
- Hubungi Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti untuk melaporkan kejadian penipuan pelaburan dengan butiran terperinci melalui emel kepada aduan@seccom.com.my (Suruhanjaya Sekuriti) atau Enquiry Form Bank Negara.
- Pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis berkenaan kejadian scam pelaburan itu.
- Simpan dan kumpulkan semua bukti yang berkenaan kejadian penipuan anda untuk dijadikan sebagai bukti pada masa kelak.
- Kongsikan pengalaman anda dengan ahli keluarga, kawan dan media sosial anda untuk membantu lebih ramai orang elak menjadi mangsa seterusnya.
Bijak Melabur, Elak Jadi Mangsa Penipuan
Sindiket scammer pelaburan pandai manipulasikan ketamakan mangsa mereka dan gunakan pelbagai helah kotor untuk mencapai motif masing-masing. Jadi, anda harus sentiasa berfikiran rasional dan tidak mudah terpercaya dengan tawaran pelaburan yang kelihatan terlalu bagus!
Ingat, anda boleh elakkan diri daripada risiko kerugian wang anda kepada penipu scam pelaburan yang mengambil kesempatan pada bila-bila masa dengan menjadi seorang pelabur yang bijak dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini!
Jangan terlepas membaca panduan lain-lain kami yang juga amat berguna di bawah ini:
- Penipuan Bank
- Macau Scam Malaysia
- Dating Scam
- Job Scam
- Bitcoin Casino Yang Boleh Dipercayai
- Online Casino Real Money Yang Dipercayai
Soalan Lazim Tentang Investment Scam
Anda mungkin ada beberapa soalan tentang penipuan pelaburan di Malaysia dan selaras dengan itu, kami telah menyediakan soalan-soalan yang kerap ditanyakan serta jawapannya di bawah untuk memuaskan anda!
Apakah ciri-ciri pelaburan sah di Malaysia?
Setiap bentuk pelaburan yang sah di Malaysia mestilah diluluskan serta dikawal selia oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara, mempunyai nilai yang ditentukan oleh pasaran bebas, dilengkapi dengan risiko tertentu dan juga berasaskan prinsipal pelaburan konvensional atau Syariah.
Adakah semua pelaburan dalam kripto, forex atau emas itu scam?
Tidak. Bukan semua syarikat pelaburan terlibat dalam wang kripto, Forex atau emas itu beroperasi secara haram, tetapi anda perlu memastikan syarikat pelaburan atau Broker itu berlesen sah di bawah Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat sebarang keputusan. Pelaburan wang kripto, Forex dan emas merupakan bentuk-bentuk pelaburan yang sudah lama wujud di seluruh dunia dan anda perlu bijak membezakan ciri-ciri scam pelaburan untuk mengelakkannya.
Di mana saya boleh semak sama ada syarikat pelaburan itu sah?
Anda boleh semak di laman utama Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara termasuk Suruhanjaya Sekuriti’s Investor Alert List, Suruhanjaya Sekuriti’s Investment Checker dan Bank Negara’s Financial Consumer Alert List untuk mengesahkan kesahihan mana-mana satu pihak ketiga sebelum membuat sebarang keputusan.
Adakah Telegram digunakan sebagai platform investment scam Malaysia?
Ya. Telegram merupakan salah satu platform media sosial yang paling popular di kalangan sindiket scammer pelaburan menerusi Telegram Groups, Channels digabungkan dengan taktik-taktik menipu yang digunakan untuk memperdayakan mangsa mereka.
Apa beza antara skim cepat kaya dan pelaburan sebenar?
Sama dengan bentuk-bentuk penipuan pelaburan yang wujud hari ini, Skim Cepat Kaya biasanya menjanjikan kadar keuntungan yang tidak realistik dalam masa yang singkat dan juga tidak berasaskan model bisnes yang konvensional manakala pelaburan sebenar beroperasi di bawah struktur pasaran yang dikawal selia oleh pihak berkuasa, dan memiliki risiko-risiko tertentu yang boleh menjejaskan pulangan pelaburan itu.