Macau Scam di Malaysia 2025
Macau Scam semakin berleluasa di Malaysia, mengakibatkan ribuan mangsa kerugian wang ringgit setiap bulan. Scammer menyamar sebagai pegawai kerajaan melalui panggilan palsu, memaksa mangsa memindahkan wang ke akaun “siasatan”. Ketahui modus operandi mereka, taktik terbaru, dan cara mengelak ditipu. Lindungi diri dan keluarga anda daripada ancaman Macau Scam. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.

Ringkasan
- Apakah Maksud Macau Scam?
- Setiap Jenis Macau Scam Malaysia Biasa Didapati
- Modus Operandi Macau Scam Yang Anda Mesti Tahu
- Langkah-Langkah untuk Lindungi Diri Anda Daripada Menjadi Mangsa Macau Scam di Malaysia
- Cara Mudah Melaporkan Macau Scam Kepada Pihak Berkuasa
- Kesimpulan: Tips Elak Macau Scam Yang Anda Perlu Sentiasa Ingat
- Soalan Lazim Tentang Macau Scam Malaysia
Apa itu Macau Scam?
Macau scam merupakan sejenis penipuan di mana penipu akan menyamar sebagai pihak bank atau pegawai kerajaan dan menipu atau mengugut mangsa mereka untuk mendapatkan maklumat peribadi atau wang mereka.
Sindiket Macau Scam biasanya akan menggunakan pelbagai alasan atau dakwaan yang tidak benar seperti bil atau hutang tertunggak, penglibatan dalam aktiviti jenayah (pengubahan wang haram atau pengodaman siber), masalah percukaian dan juga sekatan akaun bank atau dokumen sah termasuk Passport, Road Tax ataupun lesen memandu.
Jenis-Jenis Macau Scam Paling Popular di Malaysia 2025
Macau scam Malaysia yang paling biasa didapati hari ini terdiri daripada penyamaran sebagai pihak berkuasa ataupun wakil syarikat swasta tertentu. Sila lihat bawah untuk ketahui setiap jenis penyamaran Macau scam ini:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) | Sindiket penipuan akan menyamar sebagai polis dan gunakan dakwaan palsu seperti penglibatan mangsa dalam aktiviti jenayah sebagai ugutan untuk memperdayakan mereka dengan tujuan menipu wang atau data peribadi. |
Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) | Penipu menyamar sebagai pegawai LHDN untuk menipu mangsa dengan tunggakan cukai yang perlu dibayar dan mengugut mereka untuk membayar balik supaya tidak didakwa ataupun ditahan. |
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) | Sindiket penipuan boleh menghantar link yang ditujukan ke laman web EPF palsu untuk memperdayakan mangsa memasukkan pengguna nama dan kata kunci mereka menerusi notis palsu seperti ‘Special Withdrawal’. |
JPJ | Sinidiket penipuan biasanya akan menipu mangsa bahawa lesen atau road tax mereka sudah tamat tempoh sah dan dinyahaktifkan dengan SMS serta link palsu. Selain itu, sesetengah penipu juga akan menyamar sebagai pihak belajar memandu yang promosikan pakej lesen memandu terjamin lulus menerusi iklan media sosial atau App sosial seperti Telegram dan WhatsApp. |
Jabatan Kastam Diraja Malaysia | Penipu akan menyamar sebagai pegawai kastam dan menipu mangsa untuk membayar atas dakwaan berkenaan cukai import atau SST tertunggak atau hantaran barang import yang ditahan. |
Wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB)/ Telekom Malaysia (TM) | Penipu yang menyamar sebagai pegawai TNB atau TM akan menipu mangsa tentang bil elektrik atau internet yang tertunggak dan akan mengambil tindakan undang-undang jika mereka tidak selesaikan bayaran secepat mungkin. |
Bank Negara | Penipu menyamar sebagai pegawai Bank Negara akan menipu mangsa bahawa mereka terlibat dalam aktiviti kewangan haram dan mengugut mereka untuk membayar supaya nama mangsa itu boleh dibersihkan. |
Syarikat Telco (Maxis/Time/CelcomDigi/UMobile) | Sindiket yang menyamar sebagai wakil syarikat Telekomunikasi biasanya akan menghantar SMS atau mesej WhatsApp dengan ganjaran atau pakej palsu untuk memperdayakan mangsa. |
Bank | Penipu boleh menyamar sebagai pekerja bank dan menawarkan pinjaman berfaedah rendah ataupun produk kewangan lain untuk menipu wang atau maklumat peribadi mangsa. |
AKPK | Penipu suka menyamar sebagai ejen AKPK yang menawarkan pelan pengurangan liabiliti atau pinjaman mangsa dengan kadar faedah yang lebih rendah untuk menipu wang atau maklumat peribadi mereka. |
Pegawai Kementerian, MCMC dan NSRC | Sindiket penipuan juga gemar menyamar sebagai wakil kementerian, MCMC atau NSRC dengan menghantar link, mesej atau fail APK palsu yang meniru program kebajikan kerajaan atau notis amaran berkenaan aktiviti jenayah secara digital untuk mengumpan mangsa-mangsa sehingga berjaya menipu wang atau maklumat peribadi mereka. |
Bagaimana Macau Scam Berlaku & Taktik-Taktik Scammer
Sekiranya anda ingin tahu cara terbaik untuk melindungi diri anda daripada Macau scam, anda harus tahu tentang modus operandi Macau scam terlebih dahulu. Usah risau, kami akan terangkan kepada anda bagaimana sindiket Macau scam Malaysia ini beroperasi di bawah:
- 1. Tuduhan Palsu Berkenaan Kes Jenayah Penipu akan menyamar sebagai polis dan hubungi mangsa dengan tuduhan palsu tentang penglibatan mereka dengan kes jenayah seperti pengubahan wang haram, pengedaran dadah atau lain-lain. Penipu itu akan mengugut mangsa itu dengan penangkapan atau hukuman denda berat untuk memperdayakan mereka untuk memberikan wang atau maklumat peribadi sendiri.
- 2. Penipuan Tentang Tunggakan Bayaran Bil atau Hutang Pinjaman Penipu menyamar sebagai wakil bank, TM, TNB, Maxis, CelcomDigi, UMobile, Bank Negara atau AKPK dan hubungi mangsa untuk menipu mereka tentang bayaran bil atau hutang tertunggak dan menggertak mereka untuk melakukan bayaran atau memberikan maklumat peribadi. Sesetengah penipu juga akan memaksa mangsa untuk memberikan butiran akaun bank yang digunakan sebagai ‘akaun keldai’ dan menjalankan aktiviti pengubahan wang haram.
- 3. Masalah Dokumen Atau Akaun Bank Yang Direka-reka Penipu akan menyamar sebagai wakil LHDN, pegawai agensi kerajaan atau kementerian seperti kastam atau JPJ dan hubungi mangsa untuk memperdayakan mereka dengan pelbagai alasan yang perlu diselesaikan segera seperti tunggakan cukai, akaun bank dibekukan, lesen/passport ditahan atau nama mereka dimasukkan ke dalam senarai hitam. Penipu itu akan memaksa mangsa tersebut untuk memberikan wang atau maklumat peribadi supaya masalah-masalah yang terbabit akan diselesaikan.
- 4. Teknik ‘Caller ID Spoofing’ Penipu Macau Scam ini biasanya akan menggunakan aplikasi ‘Voice over Internet Protocol’ (VoIP) untuk mengubah nombor telefon sebenar mereka kepada nombor rasmi pejabat kerajaan atau syarikat swasta yang mereka menyamar.
- 5. Tekanan Masa dan Ugutan Penipu Macau scam pasti akan cakap apa saja yang boleh asalkan mereka dapat mencapai tujuan utama iaitu dapatkan wang atau maklumat peribadi mangsa mereka dengan secepat mungkin.
Langkah-langkah Mengelakkan Diri Daripada Menjadi Mangsa Macau Scam
Sindiket Macau Scam di Malaysia hanya akan menjadi semakin bijak dengan menggunakan taktik terbaru dan teknologi canggih untuk melakukan kerja kotor mereka. Oleh itu, anda harus sentiasa berwaspada dan ikuti langkah-langkah berikut untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa Macau Scam yang seterusnya!
- Jangan panik bila terima panggilan mencurigakan Jika anda menerima panggilan atau mesej daripada nombor yang tidak dikenali, jangan mudah terpercaya ‘caller ID’ atau terus klik ‘link’ yang mencurigakan di dalam mesej.
- Jangan kongsi maklumat peribadi atau bank melalui telefon Pihak berkuasa, bank atau syarikat swasta biasanya tidak akan meminta maklumat peribadi anda menerusi panggilan telefon atau mesej. Mereka biasanya akan menjalankan proses pengesahan identiti yang selamat seperti penggunaan nombor TAC atau OTP serta pengesahan nombor digit IC terakhir sahaja.
- Semak nombor telefon yang meragukan Anda boleh mengesahkan nombor telefon rasmi agensi kerajaan/syarikat swasta itu dahulu atau menerusi Semak Mule sebelum menjawab panggilan atau balas mesej.
- Gantung panggilan dan hubungi pihak berkuasa secara langsung Sebaik saja anda sedari apa-apa yang mencurigakan, laporkan kejadian itu dengan semua butiran terperinci seperti nombor telefon, tarikh dan masa kejadian dan lain-lain kepada pihak berkuasa termasuk polis, NSRC (dial talian 997) dan MCMC.
- Pasang dan aktifkan sekuriti tambahan dalam perbankan online Pastikan anda guna kata kunci dan ambil semua langkah keselamatan internet yang ketat seperti perisian antivirus dan 2FA untuk melindungi akaun-akaun utama anda.
- Berwaspada dengan surat, pautan, atau laman web palsu Penipu Macau Scam hari ini sudah mahir menggunakan teknologi untuk manipulasikan mangsa seperti pembinaan laman web palsu yang kelihatan hampir sama dengan versi rasmi. Jadi, pastikan anda jangan terus klik link atau muat turun App sahaja tanpa semak pautan dan sumber penghantaran mesej dahulu!
- Didik ahli keluarga, terutamanya warga emas dan remaja Dapatkan semua berita terkini dan tips berguna tentang kes Macau Scam di Malaysia yang berubah-ubah menerusi sumber yang boleh dipercayai seperti Scam Hub Penipuan.net.
Cara Report Jika Menjadi Mangsa Macau Scam
Kalau Macau Scam mahu lapor polis ke? Mestilah! Kalau anda tidak tahu cara betulnya, mari baca bahagian seterusnya!
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) merupakan pusat operasi yang ditujukan untuk membantu semua rakyat Malaysia termasuk anda dalam mengendalikan kes jenayah penipuan dalam talian.
Berikutnya merupakan langkah-langkah mudah yang anda harus ambil:
- Dial talian 997 dan laporkan kejadian Macau Scam anda kepada pegawai NSRC dengan serta-merta.
- Hubungi bank anda untuk menyekat sebarang transaksi yang baru saja dilakukan atau bekukan kad kredit yang dicuri.
- Pergi ke balai polis terdekat untuk melakukan laporan polis dan memberikan semua butiran berkenaan kejadian Macau scam dan penipu yang terlibat kepada pihak berkuasa.
- Simpan semua bukti berkaitan kejadian Macau Scam untuk kegunaan mahkamah pada masa akan datang.
- Kongsikan pengalaman anda dengan ahli keluarga, kawan dan media sosial anda untuk meningkatkan tahap kesedaran mereka jika anda tidak kisah.
Akhiri Scam: Tindakan Bijak Elak Macau Scam
Selepas membaca panduan ini, kami harap anda akan ketahui lebih lanjut tentang Macau Scam Malaysia. Demi membantu anda mencegah risiko penipuan, kami ingin ingatkan anda semua tips elak Macau Scam yang penting ini:
- Jangan panik atau kongsikan butiran peribadi dengan sesiapa yang tidak dikenali.
- Mengesahkan identiti atau maklumat yang diberikan.
- Ambil tindakan sewajarnya dengan segera apabila perlu.
Jangan terlepas membaca panduan lain-lain kami yang juga amat berguna di bawah ini:
- Bank Scam Terkini
- Bitcoin & Crypto Investment Fraud
- Senarai Syarikat Pelaburan Yang Sah di Malaysia
- Dating Scam Malaysia
- Main Di Kasino Yang Dipercayai
- Judi Online Yang Boleh Dipercayai
FAQ Mengenai Macau Scam Online di Malaysia
Kami juga menyediakan soalan-soalan lazim berkenaan Macau Scam Malaysia yang kerap muncul serta jawapan tepat yang disediakan oleh pakar kami kepada anda. Sila teruskan membaca:
Apakah maksud Macau scam?
Macau scam ialah sejenis penipuan yang terjadi apabila penipu menyamar sebagai pihak berkuasa, bank, organisasi tertentu dan memperdayakan mangsa mereka menerusi taktik-taktik tertentu untuk mendapatkan wang atau maklumat peribadi mereka.
Kenapa ia dipanggil Macau Scam?
Menurut penjelasan pihak polis, bentuk penipuan ini bermula dengan satu sindiket penipuan yang berasal dari Macau, wilayah pentadbiran khas di China yang terkenal dengan industri kasino dan perjudian. Golongan penjenayah ini kerap menggunakan akaun keldai untuk tujuan pengubahan wang haram dan penipuan merupakan cara popular untuk mendapatkan akaun-akaun tersebut.
Bagaimana saya tahu jika saya sedang dihubungi oleh scammer?
Sindiket atau penipu Macau scam biasanya mempunyai ciri-ciri tertentu termasuk panggilan atau mesej dari nombor yang tidak dikenali, dakwaan atau ugutan palsu tentang penglibatan anda dengan aktiviti jenayah, tekanan untuk memaksa anda membayar atau memberikan maklumat peribadi tanpa membenarkan anda lakukan sebarang pengesahan dan mengarahkan anda memindahkan wang ke akaun pihak ketiga yang mencurigakan (bukan rasmi). Sila baca panduan lengkap kami untuk ketahui lebih lanjut tentang taktik-taktik yang biasa didapati pada Macau Scam!
Apa yang perlu saya lakukan jika menerima panggilan mencurigakan?
Anda boleh terus tamatkan panggilan telefon atau abaikan mesej dan hubungi NRSC untuk laporkan kejadian Macau Scam itu dengan semua maklumat terperinci termasuk nombor telefon penipu, akaun bank dan lain-lain.
Di mana saya boleh buat laporan Macau Scam?
Anda boleh dial talian 997 untuk laporkan kejadian Macau scam atau bentuk penipuan online lain-lain kepada NSRC dengan serta-merta sebaik sahaja anda sedari tentangnya. Seterusnya, anda perlu pergi ke balai polis terdekat untuk melakukan polis report dengan maklumat dan bukti yang sama.
Boleh ke saya dapat semula wang yang telah dipindahkan?
Ya, tetapi ini bergantung pada beberapa faktor utama seperti kesegeraan anda melaporkan kejadian Macau Scam kepada pihak berkuasa dan bank, bentuk aset yang ditipu dan juga maklumat terperinci yang mencukupi.