Waspada Job Scam 2025: Cara Kenal Pasti, Elak & Lapor Penipuan Kerja
Tawaran kerja yang nampak lumayan kini menjadi salah satu umpan scammer di Malaysia. Scammer sering memancing mangsa dengan tawaran menarik dan janji gaji tinggi, hanya untuk ghaib setelah mendapatkan maklumat peribadi atau wang. Di halaman ini, anda akan pelajari cara mengenal pasti tawaran kerja palsu, langkah mengelak penipuan, dan bagaimana membuat laporan jika anda menjadi mangsa.

Perbezaan Antara Job Offer Sah dengan Scam Kerja
Ramai orang Malaysia yang terjerat ke dalam perangkap job scam yang semakin berleluasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, persekitaran ekonomi yang semakin mencabar juga menjadi faktor utama kenapa ramai yang sanggup ambil risiko tinggi untuk mendapatkan pekerjaan dan menampung kos hidup yang tinggi.
Sekiranya anda tidak ingin menjadi mangsa job scam Malaysia yang seterusnya, anda perlu tahu bezakan antara tawaran kerja sah dan tawaran scam kerja yang tidak benar. Demi membantu anda menjimatkan masa, kami berjaya mengenalpasti ciri-ciri utama job scam di bawah ini dan bandingkannya dengan tawaran kerja sebenar.
Ciri-Ciri | Job Scam | Tawaran Kerja Sah |
---|---|---|
Bayar Wang Pendahuluan | Penipu scam kerja selalunya akan minta anda membayar sejumlah wang pendahuluan atas alasan pemeriksaan kesihatan, visa kerja dan lain-lain. | Syarikat atau majikan sah tidak akan minta sebarang bayaran dari calon-calon yang ditawarkan pekerjaan kosong. |
Tawaran Gaji | Sindiket scam kerja biasanya menawarkan pakej gaji atau faedah yang terlalu menawan dan tidak bersepadan dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat lain. | Majikan atau syarikat sah akan menawarkan pakej gaji dan manfaat bekerja tertentu dan realistik kepada semua calon yang ditawarkan kerja baru. |
Laman Web dan Sosial Media Rasmi | Anda biasanya tidak akan dapat mencari laman utama sah atau profil bisnes rasmi di bawah nama entiti job scam. Semua maklumat yang anda dapat hanya boleh diberikan melalui sindiket penipuan tersebut. | Sesebuah syarikat atau organisasi sah seharusnya memiliki laman web rasmi dan profil sosial media yang dilengkapi dengan semua maklumat penting dan cara menghubungi yang betul. |
Temu Duga (Interview) | Sesetengah sindiket job scam tidak akan meminta anda untuk hadiri sebarang temu duga langsung dan akan terus tawarkan kerja baru. | Setiap syarikat atau organisasi sah pasti akan mengadakan temu duga dengan calon-calon untuk memahami kemahiran dan kelayakan mereka dengan lebih mendalam. |
Pendaftaran SSM | Kebanyakan syarikat scam kerja tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang anda boleh semak di laman rasmi SSM. | Sesebuah syarikat swasta yang sahih diwajibkan untuk mendaftarkan nama bisnes atau entiti dengan SSM di bawah bidang kuasa perundangan Malaysia. |
Taktik Job Scammer yang Popular di Malaysia
Jadi, apakah taktik-taktik yang sering digunakan oleh penipu job scam di Malaysia hari ini? Berdasarkan hasil kerja penyelidikan yang mendalam, pakar kami berjaya mengenalpasti beberapa taktik atau helah berikut yang kerap digunakan oleh penjenayah scam kerja.
- Tawaran Komisen, Gaji atau Faedah Kerja Yang Terlalu Menawan – Sindiket job scam biasanya akan menawarkan gaji atau bayaran yang terlalu tinggi berbanding dengan nilai purata pasaran untuk mengumpan mangsa mereka.
- Menyamar sebagai Recruiter atau pekerja syarikat terkemuka – Scammer ini gemar menyamar sebagai Recruiter bekerja dengan agensi yang terkenal. Misalnya, Jobstreet scam, Indeed scam ataupun agensi lain yang bereputasi baik.
- Manipulasi Sosial Media – Sindiket job scam juga pandai menggunakan sosial media untuk mengumpan mangsa mereka dengan profil palsu, gambar mewah dan ‘Comments’ yang direka-reka.
- Scam “Kerja Dari Rumah” – Job Scam ini melibatkan tugasan yang perlukan mangsa untuk membayar wang pendahuluan atau beli produk tertentu untuk menjana komisen.
- Mengumpan, Menculik dan Mengugut Kemudian – Sebaik saja mangsa tertipu dan sampai ke destinasi scammer, mereka akan mengambil passport dan semua harta benda lainnya. Seterusnya, sindiket itu akan memaksa mangsa tersebut untuk menjadi salah satu scammer dengan ugutan dan ancaman.
Saluran & Platform Job Scam 2025
Scam kerja ini biasanya berleluasa secara online menerusi beraneka mesej App dan platform sosial media yang juga merupakan sebahagian besar daripada kehidupan kami. Itu juga kenapa kebanyakan sindiket job scam gemar menggunakan saluran-saluran ini untuk menghampiri mangsa-mangsa mereka dan melakukan kerja penipuan.
Penipu scam kerja boleh memanipulasikan pelbagai ciri atau fungsi App serta sosial media seperti pendaftaran akaun palsu dengan profil dan gambar mewah atau cantik, pengiklanan tawaran kerja gempak, penyebaran mesej yang direka-reka dan menghendap maklumat peribadi mangsa tanpa disedari.
Sekarang anda pasti rasa gerun kan? Sekarang mari kita lihat pula jenis Aplikasi hantaran mesej dan sosial media yang sering digunakan oleh sindiket job scam dan cara mereka menggunakannya untuk menipu.
![]() |
|
Sindiket penipuan atau individu itu akan menyamar sebagai recruiter atau pegawai HR di bawah syarikat terkemuka tertentu untuk menawarkan peluang kerja yang palsu. | |
Facebook Messenger | Penipu scam kerja suka mencari mangsa yang mencari kerja sambilan atau Freelance dan menipu wang mereka dengan tawaran ‘Kerja Dari Rumah’ atau taktik ‘Akaun Keldai’. |
Telegram | Telegram juga amat popular di kalangan penipu job scam untuk digunakan sebagai saluran komunikasi mereka untuk mengumpan dan memperdayakan mangsa dengan taktik keuntungan menawan dan pujian ‘orang lain’ yang sebenarnya dipalsukan oleh penipu itu. |
Wechat sering menjadi pilihan utama sindiket part time job scam di Malaysia seperti tugasan membeli produk terpilih di Shopee dan tinggalkan ulasan baik ataupun bayar wang pendahuluan tertentu. |
![]() |
|
Sindiket job scam suka mencipta profil atau akaun palsu dengan menyamar sebagai Recruiter atau pekerja profesional syarikat terkemuka. Mereka juga akan manipulasikan Facebook Group dan pengiklanan untuk menyebarkan tawaran kerja palsu kepada pengguna online. | |
Penipu job scam suka menyamar sebagai eksekutif profesional atau syarikat berprestij untuk mencarikan mangsa-mangsa dan menipu wang mereka dengan tawaran kerja palsu, bekerja di luar negara dan ‘Kerja Dari Rumah’ yang sebenarnya satu helah untuk mencuri wang, data peribadi ataupun memaksa mangsa melakukan aktiviti jenayah yang tidak diingini. | |
TikTok | Ramai penipu suka menghampiri pemuda-pemudi yang juga merupakan pengguna utama TikTok untuk mengumpan mereka dengan tawaran kerja sambilan atau pakej bekerja luar negara palsu. |
Jobstreet | Sindiket job scam juga mahir menyamar sebagai Recruiter Jobstreet (Seek) untuk hubungi mangsa menerusi panggilan telefon, WhatsApp, emel atau Facebook. Sebaik sahaja mereka berjaya mengumpan mangsa, penipu itu akan cuba sedaya upaya untuk memujuk, menggertak atau mengugut mereka sehingga mencapai tujuan muslihatnya. |
Cara-Cara Elak Job Scam
Untuk mengelakkan diri anda daripada ditipu oleh sindiket job scam, anda perlu mengambil perhatian terhadap beberapa perkara semasa mencari kerja baru atau didekati oleh sesiapa yang ingin tawarkan peluang pekerjaan.
- Mengesahkan identiti syarikat dan kerja kosong yang ditawarkan olehnya menerusi laman web rasmi atau saluran lain.
- Pastikan anda menerima Deskripsi Kerja yang lengkap dan profesional daripada pihak ketiga.
- Jangan sesekali pun membayar wang atau apapun kepada pihak ketiga yang memintanya sebagai deposit atau tujuan lain.
- Elakkan daripada memberi maklumat atau data peribadi anda terlalu awal tanpa mengesahkan identiti pihak ketiga dan syarikat itu terlebih dahulu.
- Minta surat pekerjaan rasmi daripada HR syarikat dengan butiran lengkap dan cop rasmi.
- Laporkan sebarang iklan atau mesej yang mencurigakan kepada pihak berkuasa seperti The National Scam Response Centre (NSRC) – dial 997 atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Tindakan Penting Selepas Menjadi Mangsa Penipuan Kerja
Sekiranya anda ditimpa dengan sebarang kejadian scam kerja di Malaysia, jangan panik dan ikutilah langkah mudah di bawah ini!
Dial 997 untuk laporkan kejadian job scam itu dan dapatkan bantuan segera.
Simpan semua infomasi yang berkenaan job scam termasuk sejarah mesej, log panggilan, dokumen, butiran akaun bank penipu dan lain-lain.
Pergi ke balai polis terdekat untuk melaporkan kejadian penipuan terutamanya jika anda mengalami sebarang kerugian wang atau kehilangan harta benda.
Anda juga boleh laporkan kejadian job scam kepada MCMC, SSM ataupun syarikat yang disamar oleh penipu seperti Jobstreet atau Hiredly.
Kongsikan pengalaman job scam yang terjadi kepada anda di platform sosial media supaya orang lain boleh tahu dan elakkan kes penipuan yang sama.
Lindungi Diri Anda Daripada Job Scam di Malaysia
Sindiket atau penipu job scam ini boleh menghendap anda pada bila-bila masa sahaja dan impak-impaknya mungkin lebih berbahaya daripada jangkaan anda seperti penculikan, pencurian wang, penderaan, dipaksa untuk melakukan aktiviti jenayah ataupun ugutan.
Walaupun job scammer list Malaysia yang lengkap masih belum wujud lagi, tetapi kami akan sentiasa kemaskini panduan job scam ini dan juga penipuan internet lain-lain menerusi panduan-panduan kami di bawah.
Soalan Lazim Tentang Job Scam Malaysia
Ingin tahu lebih banyak tentang Job Scam di Malaysia lagi? Usah risau, kami juga menyediakan soalan-soalan lazim tentang topik ini serta jawapan yang lengkap kepada anda di bawah!
Apa itu job scam?
Job scam merupakan sejenis penipuan yang menggunakan tawaran kerja palsu untuk memperdayakan mangsa dan mendapatkan wang, maklumat peribadi ataupun penglibatan dalam aktiviti jenayah secara dipaksa.
Macam mana saya boleh semak sama ada tawaran kerja itu sah atau tidak?
Anda perlu perhatikan ciri-ciri utama yang membezakan tawaran kerja scam dengan tawaran kerja sah termasuk identiti syarikat atau entiti itu di laman web rasmi seperti SSM, domain emel yang digunakan, dekripsi kerja yang lengkap, pengesahan tawaran kerja kosong dengan pejabat rasmi dan juga maklumat lain-lain yang tersedia online.
Adakah semua kerja dari rumah (WFH) itu scam?
Tidak. Anda hanya perlu berwaspada dengan tawaran ‘kerja dari rumah’ yang meminta wang, maklumat peribadi ataupun penglibatan anda dalam aktiviti yang mencurigakan. Selain itu, tawaran kerja dari rumah yang boleh dipercayai biasanya akan pastikan proses mengupah yang konsisten merangkumi dokumen sah, surat penggajian rasmi dan lain-lain. Akhir sekali, jangan lupa untuk mengikut setiap langkah pencegahan job scam yang kami cadangkan ini!
Bagaimana saya boleh mengenal pasti tanda-tanda amaran penipuan kerja?
Job scam biasanya datang dengan ciri-ciri tertentu seperti tawaran gaji atau komisen yang terlalu tinggi, tiada proses temuduga, nama syarikat atau pihak ketiga tidak wujud, entiti tidak berlesen, syarat bayar wang pendahuluan, atau proses mengupah yang tidak profesional.
Bolehkah saya dapat semula wang yang sudah dibayar kepada scammer?
Ya, tetapi ini bergantung pada masa anda laporkan kejadian job scam itu kepada pihak berkuasa seperti NSRC atau polis dan juga organisasi terbabit. Oleh itu, ianya sangat penting bagi anda melakukan setiap langkah penting ini sekiranya anda tertipu oleh sindiket kerja scam.