Dating Scam di Malaysia 2025
Scam cinta atau romance scam semakin berleluasa di Malaysia, terutama melalui dating app dan laman sosial. Scammer menyamar sebagai pasangan ideal untuk memikat mangsa dan seterusnya memperdayakan mereka dari segi emosi dan kewangan. Dalam halaman ini, kami kupas taktik, tanda-tanda penipuan online dating, dan cara lindungi diri agar tidak menjadi mangsa cinta palsu online.

Ringkasan
- Apa itu Scam Cinta?
- Statistik Dating Scam di Malaysia yang Mengejutkan!
- Taktik/Jenis Dating Scam Kerap Berlaku di Malaysia
- Modus Operandi Dating Scam
- Tanda-Tanda Anda Terkena Dating Scam
- Kejadian Benar Penipuan Online Dating di Malaysia
- Cara Pencegahan Ditipu oleh Love Scammer Malaysia
- Buat Ikuti Langkah Ini untuk Melaporkan Scam Cinta
- Kesimpulan: Lindungi Hati dan Wang Anda
- Soalan Lazim Tentang Dating Scam Malaysia
Apa Itu Scam Cinta / Romance Scam?
Di Malaysia, dating scam ini merupakan satu bentuk penipuan di mana penipu akan hubungi dan membina kepercayaan serta perasaan intim dengan mangsa mereka secara online. Selepas berjaya mengumpan mangsa mereka, love scammer ini biasanya akan memperdayakan mangsa untuk menipu wang, harta benda ataupun maklumat peribadi yang digunakan untuk tujuan lain.
Penipu dating scam ini amat mahir manipulasikan emosi dan fikiran mangsa mereka dengan menggunakan gambar palsu, ayat manis, lakonan cekap dan apa-apa helah saja yang berhasil. Sesetengah penipu scam cinta ini biasanya akan menggunakan masa yang singkat untuk mencapai motif mereka, manakala ada juga scammer yang habiskan masa berpanjangan sehingga berbulan-bulan untuk mendapatkan keuntungan yang jauh lebih besar.
Statistik Dating Scam di Malaysia
Berdasarkan statistik kes jenayah oleh Polis Diraja Malaysia, jumlah kes Dating Scam Malaysia yang direkodkan sejak 2018 hingga Jun 2024 mencapai sebanyak 7548 dan kerugian yang bernilai setinggi RM382 juta.
“Sebanyak 82 peratus atau 6251 mangsa daripada jumlah kes yang dicatatkan itu merupakan golongan wanita bujang atau ibu tunggal.”
Mengikuti laporan berita, golongan wanita yang merasa kesunyian atau kekurangan dalam hubungan mereka selalunya lebih mudah terpengaruh oleh kata-kata dan tindakan yang menunjukkan belas kasihan, menjadikan mereka sasaran mudah bagi sindiket scam cinta ini.
Dari segi golongan umur, sesiapa pun boleh menjadi mangsa penipuan online dating ini. Contohnya, jumlah mangsa dating scam pada tahun 2022 mencatat rekod tertinggi dalam kategori umur 21 hingga 30 tahun dengan 211 individu.
Pada tahun 2023, jumlah mangsa paling ramai direkodkan pada 215 kes ialah kategori umur 41 hingga 50 tahun. Bagi 2024, setakat Ogos lalu, kategori individu berumur 21 ke 30 tahun mencatatkan rekod tertinggi balik dengan 178 individu.
Jenis-Jenis Love Scam Popular di Malaysia 2025
Dating Scam Malaysia boleh wujud dalam beraneka bentuk atau cara operasi yang berbeza untuk memperdayakan mangsa mereka. Mari lihat setiap jenis penipuan online dating yang paling kerap terjadi dan ketahui taktik-taktik love scammer Malaysia ini di bawah.
Penyamaran Identiti | Penipu sering mendaftar akaun baru dan gunakan gambar orang lain untuk menyamar sebagai individu yang menawan ataupun selebriti dan biasanya bekerja atau belajar di luar negara. Mereka selalu menyasarkan mangsa mereka menerusi sosial media atau App seperti WhatsApp atau Telegram untuk membina perhubungan palsu dan mengaut apa saja keuntungan yang semungkin. |
Love Investment Scam (Pig Butchering Scam) | Pig butchering scam biasanya bermula dengan sindiket mula membina hubungan palsu secara beransur-ansuran untuk mendapatkan kepercayaan mangsa sebelum menipu mereka untuk melabur dalam skim palsu, seperti wang kripto ataupun saham. |
Kecemasan atau Isu Kewangan Palsu | Penipu dating scam akan cuba mendapatkan kepercayaan mangsa mereka dan mereka-reka pelbagai cerita palsu untuk meminta bantuan kewangan seperti isu perubatan terlalu tinggi, Visa ditolak, hantaran hadiah yang ditahan pihak kastam ataupun kematian ahli keluarga. |
Scam Aktiviti Intim | Sindiket atau penipu akan meminta video call dengan mangsa dan memujuk mereka untuk berkelakuan tidak senonoh. Selepas itu, penipu itu akan curi-curi merakam seluruh aksi intim mangsa dan gunakannya untuk mengugut mereka. |
Scam Military Romance | Penipu sering menyamar sebagai anggota tentera U.S. atau negara lain yang ditugaskan di luar negara dan perlukan akses kewangan. Penipu itu akan menjanjikan mangsa mereka untuk bayar balik wang yang dipinjam atau perkahwinan pada masa hadapan tetapi terus lenyap sebaik sahaja berjaya menipu duit mereka. |
Modus Operandi Romance Scammer List
Penipu atau sindiket scam cinta ini biasanya menjalankan kerja kotor mereka dengan penggunaan proses yang lebih kurang sama. Demi membantu anda memahami modus operandi dating scam Malaysia, kami telah menyediakan huraian di bawah ini:
- 1. Membina Profil Palsu Penipu akan mencipta akaun baru di platform sosial media atau Dating App dengan menggunakan gambar palsu atau orang lain yang kelihatan menawan untuk menarik perhatian sasaran mereka.
- 2. Berkomunikasi dan Mendapatkan Kepercayaan Mangsa Selepas mereka berjaya mengumpan mangsa untuk mulakan hantaran mesej atau panggilan telefon, penipu ini akan berpura-pura menunjukkan belas kasihan yang mendalam dan bercakap manis untuk memperdayakan mangsa itu sehingga mereka tidak mengesyaki penipu itu.
- 3. Mula Meminta Wang atau Benda Lain Penipu ini akan mula mereka pelbagai alasan atau cerita yang melampau dan biasanya akan berakhir dengan senario keadaan isu kewangan yang perlukan bantuan orang lain seperti masalah perubatan, Visa atau Passport ditolak, penculikan dan lain-lain.
- 4. Taktik Tekanan Berterusan Penipu akan menggunakan pelbagai helah untuk memberi tekanan kepada mangsa supaya mereka kehilangan keupayaan untuk berfikiran waras dan manipulasikan emosi mereka sehingga tujuan mereka dicapai.
- 5. Hilangkan Diri Serta-Merta Sebaik sahaja mangsa memberikan penipu itu apa yang mereka inginkan, mereka akan terus melesap di mana profil palsu itu akan dibatalkan dan nombor telefon atau semua cara perhubungan yang digunakan sebelum ini akan dihentikan.
Tanda-Tanda Anda Sedang Diperdaya Scammer Cinta
Sekiranya anda ingin elakkan daripada menjadi mangsa dating scam, anda perlu tahu tanda-tanda scam cinta sebelum diperdayakan oleh penjenayah ini.
- Penipu scam cinta biasanya akan cuba menghampiri mangsa dengan secepat mungkin dan menjalinkan hubungan yang tergesa-gesa untuk manipulasikan emosi dan fikiran mereka.
- Penipu akan bercakap manis dan memuji mangsa mereka secara berlebih-lebihan untuk menawan hati mereka.
- Sesetengah penipu juga akan selalu memanggil mangsa untuk meyakinkan mereka dengan kesahihan identitinya.
- Terdapat juga penipu yang memberikan pelbagai alasan untuk mengelakkan video call dan bertemu muka ataupun tidak ingin kewujudan mereka diketahui oleh kawan-kawan atau ahli keluarga mangsa.
- Sebarang maklumat atau butiran seperti nama, alamat ataupun nombor telefon yang diberikan oleh penipu biasanya tidak memiliki latar belakang pemilik yang jelas atau terperinci.
- Penipu juga akan mereka-reka cerita sedih atau dibesar-besarkan secara melampau untuk membuatkan mangsa rasa bersimpati dan terharu dengan pengalaman mereka.
- Penipu dating scam lambat-laun akan menyatakan hasrat utama mereka, iaitu meminta bantuan kewangan untuk menyelesaikan apa-apa jua masalah yang dialami ataupun mula memperkenalkan peluang pelaburan yang tidak boleh terlepas.
Kisah Benar Mangsa Scam Cinta di Malaysia
Sekiranya anda masih kurang yakin tentang kesan mudarat yang boleh dibawakan oleh dating scam, anda mesti membaca cerita sebenar yang berlaku di Malaysia berikut!
Contohnya, seorang wanita mengalami kerugian wang sebanyak RM240,600 akibat ditipu sindiket penipuan scam cinta selepas berkenalan dengan bekas teman lelakinya yang gelar dirinya ingin mulakan perniagaan peralatan perkhemahan.
Selepas meminjam semua wangnya sebagai pelaburan kepada lelaki tersebut, dia bukan sahaja tidak membayar balik atau memberikan sebarang bukti perniagaan malah marahi wanita itu dengan kata-kata kesat.
Seterusnya, satu lagi kes sebenar yang terjadi di Alor Setar, di mana seorang wanita berumur 53 tahun telah ditipu sebanyak RM1 juta oleh seorang individu yang mendakwa dirinya dari Yemen dan perlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos rawatannya.
Wanita tersebut mengenali penipu itu menerusi Facebook dan juga menerima dua bentuk cincin sebagai petanda untuk berkahwin. Selepas berjaya memperdayakan wanita itu, penipu berjaya memujuk mangsa untuk memindahkan dana wang melalui 166 transaksi ke 15 akaun bank berlainan dan melesap terus.
Langkah-Langkah Elak Jadi Mangsa Love Scam
Selepas membaca cerita sebenar di atas, kami pasti bahawa anda mesti bimbang tentang risiko love scammer Malaysia yang bersembunyi di setiap sudut online. Tetapi, terdapat cara-caranya yang anda boleh amalkan untuk elakkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya!
- 1. Kenali Tanda-Tanda Scam Cinta Anda harus pandai kenali atau berwaspada terhadap tanda-tanda penipu dating scam ini seperti menggesa perhubungan yang terlalu cepat, pelbagai alasan untuk elakkan panggilan video atau berjumpa muka dan meminta wang atas sebab-sebab berlainan.
- 2. Jangan Mudah Terpercaya Anda perlu sentiasa ingat bahawa penipu scam cinta ini boleh cakap apa-apa saja asalkan anda terjatuh ke dalam perangkap dan percayakan dia.
- 3. Semak Kesahihan Maklumat Anda kini boleh gunakan alat AI atau Google untuk mengesahkan nama atau gambar yang diberikan oleh sesiapa saja. Pastikan semua butiran yang diberikan itu bersepadan dengan apa yang mereka katakan.
- 4. Jangan Klik Link atau Muat Turun Fail Yang Mencurigakan Anda harus pasangkan perisian antivirus atau antispyware untuk pastikan peranti anda selamat sepenuhnya. Walaubagaimanapun, langkah terbaik adalah untuk abaikan sahaja sebarang pautan atau fail yang dihantar oleh orang tidak dikenali.
- 5. Laporkan Kejadian Penipuan Atau Individu Yang Disyaki Jika anda mengalami sebarang kejadian scam cinta atau percubaan menipu, laporkannya kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia atau The National Scam Response Center (NSRC) serta-merta.
Cara Report Jika Sudah Terkena Dating Scam
Sekiranya anda mengalami sebarang kejadian dating scam atau percubaan menipu, anda perlu laporkan kepada Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa terbabit. Tidak tahu bagaimana nak buat laporan? Usah risau, ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini saja sudah mencukupi!
- Hubungi NSRC dengan dialkan nombor 997 untuk melaporkan kejadian scam yang anda mengalami dengan segera.
- Pergi ke balai polis terdekat dan lakukan laporan polis berkenaan kejadian dating scam itu.
- Kumpulkan semua bukti yang berkaitan seperti mesej, rekod panggilan, nombor akaun bank atau nombor telefon pihak ketiga.
- Hubungi bank anda untuk batalkan sebarang transaksi wang yang baru dilakukan sekiranya ada.
- Sentiasa berwaspada dengan orang tidak dikenali yang mendekati anda menerusi media sosial dan laporkan profil mencurigakan kepada platform itu dengan segera.
Romance Scam: Lindungilah Hati dan Poket Anda
Love Scammer Malaysia ini hanya akan terus berleluasa dan menjadi semakin pintar dalam menggunakan teknologi atau taktik baru untuk menipu dan mencapai tujuan mereka. Oleh itu, anda tidak harus ambil ringan tentang risiko penipuan online dating yang bersembunyi di setiap sudut online serta kesan sampingannya ke atas kehidupan anda!
Ingat, lindungi dan sayangi diri anda dulu lebih penting daripada apa-apa ataupun sesiapa! Jangan beri peluang kepada orang yang berniat jahat merampas peluang anda untuk hidup dengan aman.
Jangan terlepas membaca panduan lain-lain kami yang juga amat berguna di bawah ini:
Soalan Lazim Mengenai Dating Scam
Ingin tahu lebih tentang Dating Scam Malaysia yang wujud hari ini? Teruskan membaca soalan-soalan lazim di bawah ini yang sering ditanyakan berkenaan topik ini serta jawapannya yang disediakan oleh pakar profesional kami.
Bagaimana cara mengenal pasti dating scam?
Dating Scam Malaysia biasanya ada tanda-tanda tertentu termasuk gambar profil yang kelihatan terlalu menawan atau tidak realistik, perbualan yang terlampau mesra, jalinan perhubungan yang tergesa-gesa, memberikan pelbagai alasan untuk panggilan video atau berjumpa muka di tempat awam, meminta bantuan kewangan atau lain-lain atas masalah perubatan atau keluarga, dan juga selalu mengubah-ubah cerita tentang latar belakang dirinya. Anda juga boleh ketahui lebih lanjut tentang modus operandi dating scam yang kami juga terangkan di atas.
Di mana scammer cinta biasanya beroperasi?
Penjenayah atau sindiket dating scam biasanya akan menggunakan media sosial atau App perbualan termasuk Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram, WeChat ataupun TikTok untuk menyasarkan mangsa-mangsa mereka. Selain itu, terdapat juga yang gunakan App berpacaran seperti Tinder untuk carikan mangsa yang sedang mencarikan teman-teman.
Adakah saya boleh dapat balik duit jika dah kena tipu?
Ya, ada kemungkinan untuk mendapatkan balik duit anda yang ditipu akibat dating scam di Malaysia tetapi ini masih bergantung pada faktor-faktor tertentu terutamanya ambil tindakan segera. Sebaik sahaja anda menyedari sebarang kejadian penipuan, anda mesti laporkan kepada pihak berkuasa, minta bank untuk bekukan akaun atau batalkan sebarang transaksi yang baru dilakukan, dan juga kumpulkan semua bukti yang berkaitan untuk membantu kerja siasatan polis.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya rasa sedang diperdaya scammer?
Sekiranya anda mengalami sebarang penipuan atau percubaan, anda mesti bermula dengan laporkan kepada NSRC dengan dial hotline 997. Selepas itu, anda boleh pergi ke balai polis terdekat dan lakukan laporan polis dengan mengumpulkan sebanyak bukti dan butiran terperinci yang mungkin. Anda juga harus hubungi bank anda untuk batalkan sebarang transaksi yang baru dilakukan dengan serta-merta. Ketahui lebih banyak berkenaan langkah-langkah untuk melaporkan kejadian penipuan kami di atas!
Adakah lelaki atau wanita lebih terdedah kepada love scam?
Berdasarkan statistik kes sebenar yang dicatatkan oleh Polis Diraja Malaysia, sebanyak 82 peratus daripada jumlah kes dating scam antara tahun 2018 sehingga Jun 2024 merupakan golongan wanita yang terdiri daripada wanita bujang dan ibu tunggal.