Cryptocurrency Scam di Malaysia 2025
Crypto scam semakin berleluasa di Malaysia pada tahun 2025, seiring dengan peningkatan minat terhadap pelaburan digital seperti Bitcoin, Ethereum dan altcoin lain. Scammer mengambil kesempatan atas kekurangan pengetahuan awam dengan menawarkan pulangan tinggi, platform palsu, dan “investment package” yang nampak sah. Di halaman ini, anda akan didedahkan kepada taktik biasa dalam penipuan crypto, tanda-tanda penipuan, serta tips penting untuk elak ditipu. Jangan biarkan keuntungan palsu menjerat anda — ketahui cara lindungi diri dalam dunia kripto yang penuh risiko.

Ringkasan
- Apa itu Crypto Scam?
- Jenis-Jenis Cryptocurrency Scam Biasa Dijumpai di Malaysia
- Taktik dan Modus Operandi Penipuan Crypto
- Tanda-Tanda Anda Sedang Ditipu Oleh Penjenayah Crypto Scam
- Cara-Cara Membezakan Platform Crypto Sah dan Crypto Scam
- Langkah-Langkah Elak Penipuan Crypto
- Ikut Langkah Ini Untuk Laporkan Cryptocurrency Scam di Malaysia
- Kesimpulan: Pilih Platform Crypto Berlesen Sah dan Jauhi Penipuan Crypto
- Soalan Lazim Tentang Crypto Scam Terkini
Apa Itu Crypto Scam?
Selaras dengan perkembangan wang digital yang juga dikenali sebagai Cryptocurrency hari ini, malangnya, bilangan kejadian Crypto Scam juga semakin bertambah di Malaysia. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Crypto Scam ini dan bagaimana penipuan ini beroperasi?
Secara umumnya, Crypto Scam merupakan satu bentuk penipuan yang berasaskan pelaburan atau perdagangan wang kripto. Sindiket penipuan Crypto ini biasanya akan memperdayakan mangsa mereka secara online melalui taktik-taktik tertentu meliputi laman web Crypto palsu, mobile App tiruan, skim “Pump and Dump” dan banyak lagi.
Sindiket penipuan Crypto melakukan semuanya ini hanya untuk dua sebab sahaja, iaitu menipu wang atau maklumat peribadi mangsa mereka. Meskipun Crypto Scam ini berleluasa di negara kita, ini tidak bermakna pelaburan wang kripto yang sah dan selamat itu tidak wujud.
Sebenarnya, anda boleh menjual atau membeli wang kripto untuk disimpan sebagai aset pelaburan menerusi enam platform perdagangan Cryptocurrency yang berlesen sah dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia. Platform-platform tersebut merangkumi Luno, SINEGY, KDX, HATA, MX Exchange, dan TorumPay.
Crypto Sah | Crypto Scam |
---|---|
✅ Teknologi & Kod Diuji serta diaudit oleh firma bereputasi | ❌ Jaminan pulangan tidak realistik |
✅ Berlesen sah dengan badan kawal selia | ❌ Tekanan untuk melabur dengan masa terhad |
✅ Utiliti dan pembahagian Token Jelas serta adil | ❌ Tidak Mendaftar dengan badan kawal selia |
✅ Tidak Menjamin Pulangan Tinggi | ❌ Pilihan platform berdagang terhad |
✅ Mematuhi KYC/AML | ❌ Aliran perdagangan amat rendah atau tidak wujud |
✅ Latar belakang pengasas yang kukuh dan berpengalaman | ❌ Struktur token terlalu kabur atau tidak diaudit |
Jenis-Jenis Cryptocurrency Scam di Malaysia 2025
Jadi, apakah jenis Crypto Scam terkini yang wujud di Malaysia? Mari lihat di bawah untuk ketahui setiap kategori dan bagaimana scammer menggunakan bentuk penipuan Crypto ini:
Phishing Wallet | Sindiket Crypto Scam akan menghantar emel atau mesej tiruan yang nampaknya dari platform Crypto Exchange atau Wallet dan meminta maklumat akaun seperti kata kunci dan OTP. |
Penipuan Airdrop | Kaedah Airdrop ini merujuk kepada pengagihan token wang kripto secara percuma untuk promosikan projek baru. Sindiket Crypto Scam akan meminta mangsa untuk membayar nilai deposit tertentu dan terus melesap sebaik sahaja menerima wang tersebut. |
Skim “Pump and dump” | Sindiket berbentuk Crypto scam ini akan menaikkan harga mata wang kripto tertentu dan sebarkan khabar angin palsu untuk memperdayakan mangsa-mangsa yang terpercaya. Penipu itu akan jualkan semua wang kripto yang dimilikinya dan mengaut keuntungan manakala mangsa lain akan terperangkap dengan harga wang kripto jatuh medadak. |
Platform/App Bursa Crypto Palsu | Sindiket penipuan juga boleh membina laman web atau mobile App berdagang Kripto palsu untuk memperdayakan mangsa mereka di mana mereka akan lakukan deposit untuk melabur dalam mata wang kripto yang sebenarnya tidak wujud. |
Rug Pull | Rug Pull ini adalah satu taktik penipuan Cryptocurrency di mana pemilik projek kripto baru akan promosikan token baru untuk meningkatkan kesedaran dan menarik orang untuk membeli di platform pertukaran desentralisasi (DEX). Ini akan meningkatkan permintaan dan juga harga token tersebut, tetapi pemilik itu akan terus hilangkan diri selepas berjaya menipu wang kripto sah mangsa-mangsa dengan token yang menjadi tidak bernilai itu. |
Skim Ponzi Wang Kripto | Penipu jenis ini akan gelar dirinya sebagai pengurus atau penasihat pelaburan Cryptocurrency dan menawarkan “peluang terhad” untuk yakinkan mangsa mereka supaya mereka melabur dan ajak orang lain untuk nikmati ganjaran yang jauh melebihi pulangan pelaburan konvensional. |
Penipuan Initial Coin Offering (ICO) | Scammer ICO akan promosikan mata wang kripto baru dengan jaminan nilai yang boleh naik mendadak dan menipu wang pelabur sebanyak mungkin sebelum hilangkan diri. |
Taktik dan Modus Operandi Scammer Crypto
Secara umumnya, terdapat taktik-taktik tertentu yang digunakan oleh sindiket Crypto scam di Malaysia dan ianya meliputi:
- Hubungi Mangsa Secara Proaktif – Penipu menghubungi mangsa melalui media sosial, aplikasi pesanan, e-mel, laman temu janji, laman pekerjaan, atau pesanan rawak.
- Membina Perhubungan dan Dapatkan Kepercayaan Mangsa – Penipu profesional akan mereka-reka cerita untuk meyakinkan mangsa mereka dan mencadangkan cara cepat untuk mengaut keuntungan.
- Testimoni dan Bukti Palsu – Penipu juga akan menghasilkan gambar, dokumen, atau testimoni selebriti atau orang ternama untuk mengukuhkan reputasi produk atau platform Crypto Scam kepada mangsa.
- Jaminan Pulangan Tidak Realistik atau Terlalu Menawan – Sindiket Crypto Scam juga akan menjanjikan kadar pulangan yang jauh melebihi pelaburan konvensional untuk memikat perhatian mangsa. Contohnya, kadar keuntungan sebanyak 1000% atau 10x dalam masa enam bulan saja.
- Meminta Sejumlah Bayaran Deposit Sebagai Pelaburan – Penipu akan meminta mangsa mereka membayar deposit bernilai tertentu untuk membuka akaun dan mula melabur.
- “Keuntungan” Palsu Pada Peringkat Awal – Penipu akan menggunakan laman web atau mobile App palsu untuk tunjukkan keuntungan kecil yang sebenarnya tidak wujud pada mula-mulanya. Taktik ini bertujuan untuk memperdayakan mangsa supaya mereka akan membayar lebih banyak wang sebagai modal pelaburan kepada penipu itu.
- Pengeluaran Wang Tidak Dibenarkan atau Ditundakan – Penipu akan memberikan pelbagai alasan seperti syarat kontrak ataupun terikat dengan platform pertukaran bagi menolak permintaan mengeluarkan wang oleh mangsa mereka.
Tanda-Tanda Anda Sedang Ditipu oleh Crypto Scammer
Untuk melindungi diri anda daripada Cryptocurrency Scam, anda perlu tahu mengenal pasti tanda-tanda atau petunjuk yang boleh menjadi amaran berkenaan mana-mana satu penipuan Crypto. Mari lihat bawah ini:
- Tawaran Beli Crypto Dengan Jaminan Pulangan Besar atau Tanpa Risiko: Penipu akan menarik perhatian mangsa mereka dengan menjanjikan kadar pulangan yang terlalu tinggi atau bebas daripada risiko kerugian tetapi ini sebenarnya tidak wujud dalam mana-mana satu bentuk pelaburan sah hari ini.
- Diminta Mendaftar di Platform Tidak Berlesen Sah atau Mencurigakan: Penipu akan memujuk mangsa untuk berdaftar di platform pertukaran Kripto atau laman web palsu yang kelihatan tidak profesional ataupun dikenali langsung. Platform-platform sedemikian juga biasanya tidak diiktiraf atau diluluskan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara.
- Dokumen, Laman Web Rasmi atau Kontrak Tidak Cukup Profesional: Sindiket Crypto Scam biasanya tidak berupaya mencapai tahap profesional yang ditampilkan oleh mana-mana satu syarikat atau entiti sah dan anda boleh perhatikan ini menerusi kesalahan tatabahasa ataupun tahap tulisan yang buruk yang ditampilkan pada dokumen atau sumber maklumat tersebut.
- Rasa Terdesak Dengan Tekanan Besar: Penipu biasanya akan bercakap manis, memberikan tekanan emosi ataupun gunakan apa-apa saja untuk memaksa atau memujuk mangsa mereka untuk ambil tindakan segera tanpa memberikan masa yang mencukupi untuk mempertimbangkannya.
- Tiada Maklumat Jelas Tentang Platform atau Syarikat Pelaburan Kripto Itu: Sindiket penipuan Crypto biasanya tidak akan memaparkan maklumat terperinci mengenai syarikat pelaburan, latar belakang pengasas ataupun butiran lain di laman web rasmi, media sosial atau sumber lain-lain secara online.
Cara Mengenal Pasti Platform Crypto yang Sah vs Scam
Untuk membezakan antara platform pertukaran Kripto yang boleh dipercayai dan Crypto Scam, anda boleh mengkaji ciri-ciri keselamatan yang dinyatakan di bawah:
- 1. Semak sama ada platform itu memiliki sijil pengiktirafan atau lesen sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terkemuka seperti SC (Malaysia), FCA (UK), FINTRAC (Canada) ataupun FinCen (USA).
- 2. Semak sama ada platform yang anda minati itu dilengkapi dengan langkah sekuriti internet dan protokol perlindungan data serta transaksi seperti cold storage, audit rizab dana, penyulitan SSL, pengesahan Dua Faktor (2FA), kod Anti-Phising dan enkripsi data peribadi.
- 3. Pastikan platform pertukaran Kripto yang anda pilih itu mengamalkan proses Know Your Customer (KYC) dan tahap beroperasi yang ditetapkan oleh perundangan Anti-Money Laundering (AML) untuk membuktikan tahap integriti platform tersebut.
- 4. Carikan dan baca sebanyak ulasan mengenai platform pertukaran Kripto yang mungkin secara online untuk ketahui lebih lanjut tentang reputasi sebelum mendaftar.
Langkah-Langkah Elak Penipuan Crypto
Sekiranya anda serius untuk menjadi pelabur Cryptocurrency yang pandai, anda hanya perlu ikut setiap langkah di bawah ini untuk elakkan Crypto Scam:
- Usah terlalu risau atau ‘FOMO’, tawaran yang terlalu menawan biasanya merupakan satu perangkap.
- Sentiasa pilih dompet digital yang selamat, berlesen sah dan diiktiraf oleh firma audit yang boleh dipercayai seperti Certik, Coinspect dan CERtified.
- Jangan sesekali klik pautan yang dihantar oleh nombor-nombor yang tidak dikenali ataupun sesiapa pun menerusi media sosial!
- Dapatkan sebanyak mungkin maklumat terperinci dan ulasan pengguna-pengguna mengenai plaform atau projek Crypto itu sebelum membuat sebarang keputusan!
Apa Perlu Buat Jika Anda Sudah Jadi Mangsa Crypto Scam
Jika anda mengalami sebarang penipuan Crypto ataupun percubaan yang mencurigakan, jangan panik dan ikutilah langkah-langkah di bawah ini saja!
- Dial talian 997 dan laporkan kejadian Crypto scam anda kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dengan serta-merta.
- Hubungi Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti untuk melaporkan kejadian penipuan Crypto tersebut secara teliti melalui emel kepada aduan@seccom.com.my (Suruhanjaya Sekuriti) atau Enquiry Form Bank Negara.
- Pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis berkenaan kejadian kes scam Crypto itu.
- Kumpulkan dan semua bukti berkenaan scammer Crypto itu.
- Kongsikan pengalaman anda untuk mengingatkan ahli keluarga, kawan dan lain-lain menerusi profil media sosial anda.
Akhir Kata: Jangan Jadi Mangsa Penipuan Crypto
Selaras dengan pasaran wang digital dan Cryptocurrency yang menjadi semakin matang, malangnya Crypto Scam juga akan meningkat manakala bentuk penipuan juga akan berubah-ubah pada masa akan datang.
Di Penipuan.net, kami bertekad untuk menewaskan scam online di Malaysia supaya anda boleh hidup tenang dan bebas daripada risiko ditipu. Jadi, jangan lupa untuk melawati halaman Scam Hab kami yang sentiasa dikemaskini dengan berita dan tips pencegahan scam!
Jangan terlepas membaca panduan lain-lain kami yang juga amat berguna di bawah ini:
- Bank Scam Terkini
- Bitcoin & Crypto Investment Fraud
- Scam Pelaburan
- Macau Scam Malaysia
- Dating Scam
- Job Scam
- Bitcoin Casino Sah & Dipercayai
- Agen Casino Online Terbaik Malaysia
- Online Casino Real Money Yang Dipercayai
Soalan Lazim Mengenai Cryptocurrency Scam
Ada soalan-soalan berkaitan Crypto Scam Malaysia yang anda ingin tahu lebih lanjut lagi? Jangan bimbang! Mari lihat setiap soalan lazim mengenai penipuan Crypto yang disediakan oleh pakar kami serta jawapan tepatnya yang anda pasti nak tahu juga!
Adakah semua pelaburan crypto itu scam?
Tidak. Terdapat juga sesetengah pelaburan Crypto yang sah dan dikawal selia oleh pihak berkuasa, tetapi Crypto Scam juga semakin berleluasa di Malaysia hari ini. Jadi, anda perlu tahu mengenalpasti tanda-tanda penipuan Crypto untuk elak menjadi mangsa yang seterusnya.
Bagaimana nak tahu sesuatu projek crypto itu sah?
Untuk ketahui kesahihan sesebuah projek atau platform Crypto, anda hanya perlu tahu cara-cara untuk membezakan antara platform pertukaran Crypto dan Crypto Scam seperti lesen atau sijil sah yang dipegang, langkah keselamatan serta protokol sekuriti internet, ataupun pematuhan AML/KYC oleh platform tersebut.
Apa itu ‘rug pull’ dalam dunia crypto?
Rug Pull ialah sejenis Crypto Scam di mana sindiket penipuan akan memasarkan mata wang kripto yang baru dan naikkan nilainya secara mendadak sebelum larikan semua dana yang dijanakan oleh mangsa-mangsa yang melabur.
Adakah Bitcoin itu scam?
Bukan. Bitcoin adalah sejenis mata wang digital pertama yang dibangunkan pada tahun 2009 berlandaskan penggunaan teknologi peer-to-peer (P2P).
Bagaimana report scam crypto?
Pertama sekali, anda perlu dial 997 untuk laporkan kes tersebut kepada pegawai National Scam Response Centre (NSRC). Seterusnya, anda juga perlu simpan semua bukti mengenai penipuan Crypto itu dan laporkan kejadian Crypto Scam anda kepada pihak polis di balai polis terdekat.