Laman Utama
Laman Utama > Scam > Bank Scam di Malaysia 2025

Bank Scam di Malaysia 2025

Bank scam terus meningkat di Malaysia pada tahun 2025, dengan taktik penipuan yang makin canggih dan sukar dikesan. Scammer sering menyamar sebagai pegawai bank melalui panggilan, SMS, atau e-mel untuk mencuri maklumat peribadi dan wang mangsa.Di halaman ini, anda akan ketahui taktik yang biasa digunakan, cara mengenali penipuan bank, serta langkah penting untuk melindungi diri dan membuat laporan jika ditipu.

Jenis-Jenis Bank Scam Popular di Malaysia 2025

Bank Scam Online merupakan salah satu bentuk penipuan atas talian yang mencatat rekod bilangan kes kejadian yang tertinggi di Malaysia dan ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sindiket penipuan bank online ini biasanya amat memahami proses bank menjalankan kerja serta perhubungan dengan pelanggan-pelanggan mereka.

Pada masa yang sama, golongan penipu ini juga dilengkapi dengan pengetahuan teknologi serta internet dan kepakaran-kepakaran tertentu seperti kemahiran komunikasi profesional ataupun perakaunan.

Tahap kecanggihan sindiket penipuan bank ini amat penting untuk membantu mereka menyamar sebagai pegawai bank atau institut kewangan lain dan mendekati mangsa-mangsa dengan lebih mudah.

Jadi, apakah jenis-jenis bank scam yang paling biasa dijumpai di Malaysia? Jom lihat bawah!

5 Jenis Bank Scam Paling Kerap Berlaku di Malaysia
  • 1. Scam Panggilan Telefon Sindiket penipuan ini akan menyamar sebagai pegawai kerajaan (LHDN, EPF, PDRM atau JPJ) atau pekerja bank untuk hubungi mangsa. Scammer ini akan menyatakan tuduhan atau ancaman palsu untuk mendapatkan butiran akaun bank mangsa atau sejumlah pemindahan dana wang ke dalam akaun bank sindiket tersebut.
  • 2. Phishing SMS dan Email Bank scam berbentuk Phishing ini biasanya terjadi menerusi mesej SMS atau emel yang dihantar oleh sindiket penipu yang menyamar sebagai pegawai kerajaan atau pekerja bank untuk mencuri data peribadi atau wang mangsa. Mesej palsu ini biasanya akan meliputi pautan berbahaya dan direka untuk meniru laman web yang sebenar.
  • 3. App Scams atau Fail APK Tidak Dikenali Sindiket Bank Scams juga menggunakan WhatsApp, Telegram atau Facebook untuk menghantar mesej yang mengumpan mangsa untuk memuat turun fail APK atau App yang sebenarnya berfungsi sebagai perisian malware. Selepas penipu ini berjaya mengodam peranti mudah alih mangsanya, mereka akan mencuri maklumat peribadi dan akaun bank mereka.
  • 4. OTP Scam dan TAC Scam Penipu biasanya akan hubungi mangsa, berpura-pura sebagai pihak bank atau pegawai perkhidmatan awam untuk meminta mangsa “mengesahkan” akaun dengan memberikan kod OTP/TAC yang dihantar melalui SMS. Sebenarnya, kod itu digunakan untuk meluluskan transaksi penipuan seperti pemindahan wang atau pembelian secara curi. Mangsa yang memberikan kod membenarkan transaksi tersebut secara tidak sedar.
  • 5. Money Mule atau Akaun Keldai Penipu Akaun Keldai ini akan mengumpul sebilangan akaun bank sebenar melalui iklan kerja palsu atau sosial media dengan menjanjikan komisen mudah. Mangsa akan diarah untuk membuka akaun bank atau memberikan butiran akaun sedia ada untuk menerima wang haram. Selepas menerima wang haram itu, mangsa kemudian perlu mengeluarkan wang itu dan menyerahkannya kepada penipu, atau memindahkannya ke akaun lain seperti diarahkan. Tanpa sedar, mangsa ini juga boleh didakwa dan disabitkan dengan kesalahan di mahkamah.
  • 6. Scam Pelaburan Berkaitan Bank/Loan Scams Sindiket jenis ini akan mengumpan mangsa mereka dengan tawaran khidmat bantuan kewangan dan pelaburan. Mereka akan membayar rasuah kepada pegawai bank tertentu untuk memastikan kelulusan pinjaman wang mangsa itu dan seterusnya menipu semua wang yang dipinjamnya.

Taktik-Taktik Scammer Bank

Bank scam ini biasanya melibatkan penggunaan beberapa taktik atau helah licik di Malaysia merangkumi emel, panggilan, mesej palsu, sosial media atau iklan online yang dilengkapi dengan tawaran atau ganjaran menawan sekali, alat pengimbas RFID, tekanan mental atau ancaman, pengesahan samaran bagi TAC/OTP akaun bank mangsa.

Demi mencapai matlamatnya, sindiket penipuan ini juga biasanya akan menyamar sebagai individu atau entiti berikut:

Bank Negara

Sindiket penipuan bank selalu menyamar sebagai pegawai Bank Negara dan mengancam mangsanya dengan tuduhan jenayah atau transaksi kewangan haram untuk dapatkan wang ugutan.

Bank Komersial

Penipu akan berpura-pura sebagai pekerja bank tempatan dan hubungi mangsa untuk memberitahu tentang hutang tertunggak yang tidak wujud dan mengugut mereka untuk membayar sebelum nama mereka disenaraihitamkan.

Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)

Penipu akan berpura-pura sebagai wakil AKPK dan tawarkan program peribadi istimewa untuk mengurangkan bebanan bayaran atau hutang kad kredit tetapi sebenarnya menipu mangsa mereka untuk dapatkan maklumat peribadi atau wang yang baru dipinjam.

Kami akan jelaskan bagaimana sindiket bank scam menggunakan setiap taktik ini secara teliti di bawah supaya anda boleh mengenalpasti sebarang kecurigaan yang mungkin muncul pada masa depan. Teruskan membaca!

Scam Panggilan Telefon Penyamar

Scam Call Malaysia

Menyamar sebagai pegawai kerajaan, bank atau institusi kewangan tertentu dan membuat panggilan telefon untuk menipu adalah salah satu taktik penipuan yang sudah lama wujud sejak bertahun-tahun dahulu.

Secara amnya, terdapat tiga motif atau cara penggunaan taktik scam panggilan telefon ini di Malaysia:

  • Meminta butiran peribadi dan akaun bank untuk pengesahan transaksi – Penipu boleh menyamar sebagai pegawai Bank Negara ataupun bank dan memanggil mangsa untuk menjalankan pengesahan transaksi atas nama mangsa tetapi sebenarnya berniat mengumpan mereka memberikan butiran akaun bank tanpa disedari.
  • Pengesahan OTP atau TAC akaun bank palsu – Penipu akan menyamar sebagai pegawai bank dan hubungi mangsa untuk meminta nombor OTP atau TAC atas alasan mengemaskini akaun mereka. Selepas berjaya mendapatkan nombor itu, penipu tersebut akan memindahkan semua dana wang mangsa ke akaun bank mereka sendiri serta-merta dan mengeluarkan wang tersebut.
  • Ancaman palsu untuk membekukan akaun bank anda atau dakwaan jenayah kewangan tertentu – Penipu boleh menyamar sebagai pegawai Bank Negara untuk menggertak mangsa mereka dengan ancaman palsu seperti penglibatan dalam kes jenayah ataupun akaun bank mangsa sedang disiasat. Mereka akan mengugut mangsa yang tertipu untuk membayar sejumlah wang besar sebagai cara penyelesaian.

Phising SMS, WhatsApp dan Telegram Mesej Dengan Link Palsu

Selaras dengan kemajuan teknologi, Kaedah penipuan menerusi SMS atau mesej Whatspp dan Telegram ini menjadi semakin berleluasa di Malaysia. Taktik scam ini juga dikenali sebagai ‘Phishing’ di mana sindiket penipuan akan menghantar mesej dengan pautan ke laman web palsu yang direka untuk mencuri data peribadi mangsa.

Mesej berbentuk scam ini biasanya wujud dalam tiga kategori:

  • Mesej tentang tawaran, ganjaran atau promosi terhad yang sebenarnya berfungsi sebagai umpan untuk menipu mangsa.
  • Mesej tentang perkhidmatan awam seperti bantuan kewangan kerajaann EPF, cukai individu, lesen memandu, road tax kereta ataupun bil utiliti.
  • Mesej mengandungi amaran atau peringatan kepada mangsa berkenaan masalah akaun bank atau aset lain dibekukan ataupun ditutup atas sebab jenayah atau aktiviti haram.
WhatsApp Scam Malaysia

Emel Pengesahan Akaun ‘Urgent’ Palsu

Ramai sindiket bank scam juga suka menyamar sebagai pegawai kerajaan atau institusi kewangan untuk menipu mangsa mereka dengan menghantar emel palsu yang merangkumi:

  • Pengesahan identiti pemilik akaun bank
  • Pembekuan akaun bank atau aset
  • Transaksi kad kredit mencurigakan
  • Cukai/hutang tertunggak
  • Nama mangsa disenarai hitamkan atau dilarang meninggalkan negara
  • Tawaran promosi, ganjaran atau wang tunai percuma

Emel berbentuk penipuan ini biasanya mengandungi pautan atau lampiran yang anda boleh klik atau muat turun tetapi sebenarnya digunakan untuk menggodam data peribadi anda seperti nama pengguna, password, nombor akaun bank dan lain-lain.

Ingati 5 Cara Ini untuk Elak Terjerat Jadi Mangsa Bank Scam

Kejadian Bank Scam secara online ini amat berisiko tinggi kerana sesiapa pun boleh sembunyi di belakang skrin peranti mudah alih atau laptop. Jadi, sikap waspada ini memang kena sentiasa ada tanpa perlu sebut berulang kali lagi!

Jika anda tidak ingin menjadi mangsa seterusnya, cepat lihat 5 tips di bawah ini dan mula lakukan setiap langkah tersebut secepat mungkin.

  • 1. Lindungi Maklumat Peribadi Anda Sentiasa memastikan semua butiran penting anda disimpan secara selamat dan menetapkan kata laluan yang ketat untuk akaun online anda.
  • 2. Tukar Kata Laluan Anda Setiap 6 Bulan Pastikan anda menukar kata laluan yang kuat bagi setiap akaun online termasuk emel, perbankan internet, sosial media dan lain-lain setiap 6 bulan.
  • 3. Muat Turun App Pencegahan Scam dan Antivirus Aplikasi sekuriti yang boleh dipercayai seperti Whoscall, Truecaller, Malwarebytes dan banyak lagi yang boleh membantu anda menyekat panggilan nombor tidak dikenali atau mencurigakan.
  • 4. Kerap menyemak penyata akaun anda Periksa transaksi, baki akaun, dan aktiviti lain-lain dari masa ke masa dan laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada bank atau pihak berkuasa dengan serta-merta.
  • 5. Jangan Klik Pautan Yang Mencurigakan Elakkan klik link, lampiran, atau fail APK daripada pihak ketiga yang tidak dikenali atau sumber bukan sah. Anda juga boleh semak kesahihan pihak ketiga tidak dikenali menerusi Bank Negara Malaysia scammer list yang tersedia.

Apa Perlu Dilakukan Jika Anda Terkena Scam?

Sekiranya anda menjadi mangsa bank scam, jangan terlalu cemas dan ikut cara melaporkan penipuan online ke bank dan pihak berkuasa terbabit di bawah ini saja!

  1. Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) atau bank anda untuk batalkan transaksi yang baru terjadi dan juga kad kredit/debit yang terdedah serta laporkan kejadian bank scam dengan segera.
  2. Simpan semua bukti yang berkaitan dengan kejadian bank scam itu meliputi jumlah wang terbabit, masa kejadian, mesej dan rekod panggilan.
  3. Lakukan laporan polis di balai terdekat atau secara online. (Sila lihat bahagian seterusnya untuk ketahui lebih terperinci.)
  4. Periksa sama ada aset-aset lain anda masih selamat dan pastikan anda ambil langkah perlindungan yang secukupnya.

Cara Buat Laporan Scam Bank Online

Jika anda ingin melakukan laporan polis secara online tanpa perlu pergi ke balai polis, anda hanya perlu patuh semua langkah berikut (bagi semua kes yang berlaku di Kuala Lumpur saja):

  1. Pergi ke laman web rasmi PDRM – e-Reporting PDRM
  2. Daftar atau log masuk ke sistem e-Reporting
  3. Semak butiran anda
  4. Masukkan butiran kejadian bank scam secara terperinci
  5. Masukkan keterangan kejadian
  6. Hantar laporan polis ke sistem e-Reporting PDRM
  7. Terima laporan polis melalui emel dan cetak salinan anda untuk disimpan
PDRM
Dikawal Selia oleh:
Polis Diraja Malaysia
Laman Web Rasmi: e-Reporting PDRM
Alamat Emel: ereporting@rmp.gov.my

Tak tahu macam mana nak tulis laporan polis? Janganlah risau! Mari lihat contoh yang kami sediakan di bawah ini:

“Saya ingin membuat laporan polis mengenai penipuan yang saya alami. Pada [tarikh kejadian], saya telah ditipu oleh seorang individu yang tidak dikenali melalui [cara penipuan]. Jumlah wang yang terlibat adalah [jumlah wang]. Saya telah membuat pembayaran ke akaun bank bernombor [nombor akaun] atas nama [nama penerima]. Saya ada sertakan bukti seperti [sebutkan bukti yang ada].”

Jangan Jadi Mangsa Penipuan Bank

Jangan sesekali pandang ringan terhadap bank scam dan andaikan penipuan ini tidak akan terjadi ke atas anda! Sindiket penipu hari ini semakin mahir menggunakan teknologi dan pengetahuan lain untuk menipu mangsa-mangsa mereka termasuk pekerja bank, guru, penjawat profesional dan juga pegawai kerajaan.

Sesiapa saja pun boleh menjadi mangsa seterusnya. Jadi, pastikan anda melawati panduan lengkap kami berkenaan Scam internet Malaysia untuk dapatkan berita dan juga tips pencegahan penipuan terkini.

Soalan Lazim Mengenai Banking Scam

Ingin tahu lebih lagi? Mari baca dulu soalan lazim tentang bank scam Malaysia di bawah ini serta jawanpan tepat yang disediakan oleh pakar penyelidikan profesional kami.

Apa itu bank scam?

Bank scam atau penipuan perbankan adalah satu jenis aktiviti jenayah yang ditujukan untuk menipu dan mencuri maklumat peribadi atau wang mangsa, biasanya dilakukan oleh individu atau sindiket penipu. Scammer biasanya menyamar sebagai pegawai kerajaan atau pekerja institusi tertentu dan gunakan emel, mesej atau panggilan telefon palsu untuk menipu, mengumpan, mengugut atau mengancam mangsa mereka.

Adakah bank akan hubungi melalui telefon?

Bank Negara tidak akan hubungi pelanggan untuk minta maklumat peribadi atau kewangan mereka melalui panggilan telefon. Bank-bank swasta biasanya akan hubungi pelanggan dengan menggunakan nombor telefon sah masing-masing dan juga tidak harus meminta sebarang butiran peribadi daripada mereka.

Bolehkah bank minta nombor TAC atau OTP?

Tidak, bank di Malaysia tidak dibenarkan untuk meminta TAC atau OTP menerusi panggilan telefon, SMS atau emel. Anda harus elakkan daripada memberikan maklumat sensitif seperti ini kepada sesiapa yang memintanya pada bila-bila masa.

Bagaimana semak link scam?

Pertama sekali, anda boleh cuba menggunakan software antivirus atau URL Checker online yang boleh dipercayai untuk menyemak sama ada link itu mengandungi Malware, virus, atau jenis perisian yang berbahaya atau tidak. Seterusnya, anda boleh menyemak nama individu atau entiti yang tidak dikenali atau mencurigakan menerusi Bank Negara Malaysia scammer list. Akhir sekali, anda juga perlu pastikan laman web itu menggunakan Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS), teknologi enkripsi perlindungan data laman web.

Bolehkah saya dapat balik wang yang telah disamun oleh scammer?

Anda berpeluang untuk mendapatkan wang anda balik tetapi hanya jika anda ambil tindakan sewajarnya dengan segera. Anda perlu hubungi bank anda atau NSRC untuk laporkan kejadian bank scam yang berlaku, kumpulkan semua bukti yang terlibat dan lakukan laporan polis secara online atau pergi ke balai polis terdekat secepat mungkin.

Saya sudah kongsi maklumat akaun dengan scammer — apa yang patut saya buat?

Anda perlu hubungi bank anda untuk membekukan akaun bank dan sebarang transaksi terbaru yang mungkin dilakukan oleh penipu dengan serta-merta. Seterusnya, laporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan mengubah semua kata laluan anda pada hari yang sama. Pastikan anda simpan semua maklumat berkenaan penipu seperti nombor akaun bank, nombor telefon, nama pengguna, mesej atau rekod panggilan telefon mereka. Ketahui lebih terperinci tentang cara melaporkan penipuan online ke bank di sini!