Laman Utama
Laman Utama > Scam

Scam 2025: Skim Penipuan & Tips Mencegah Scam di Malaysia

Dalam era digital yang serba pantas, kesedaran tentang scam online amat penting untuk setiap pengguna internet di Malaysia. Penipuan cyber terus berkembang daripada panggilan palsu, mesej WhatsApp tipu, hingga ke skim pelaburan palsu yang menjanjikan pulangan luar biasa — penjenayah cyber sentiasa mencari mangsa baru. Di halaman ini, anda akan belajar cara mengenali jenis-jenis penipuan, taktik biasa yang digunakan oleh scammer, langkah-langkah mudah untuk elak ditipu serta cara report jika di scam. Lindungi diri serta komuniti daripada menjadi mangsa.

Cara Mengesan Penipuan Internet

Tanpa kira apapun jenis penipuan online yang anda mungkin akan mengalami, terdapat juga beberapa ‘petunjuk’ penting yang boleh memberitahu anda sama ada pihak ketiga itu boleh dipercayai atau sebaliknya! Mari lihat bawah:

  • Nombor Telefon atau Profil Yang Kelihatan Mencurigakan Scammer internet atau online biasanya akan cuba menghubungi mangsa-mangsa menerusi nombor telefon peribadi yang tidak dikenali dan akaun sosial media yang nampaknya ‘kosong’ ataupun ‘terlalu sempurna’. Contohnya, mereka suka gunakan gambar-gambar orang lain yang lebih menawan, satu gambar muka yang tidak jelas, ataupun gambar yang diambil bertahun-tahun dahulu.
  • Tidak Menjalankan Proses Pengesahan atau ‘SOP’ Yang Sewajarnya Sama ada pihak ketiga itu pegawai kerajaan ataupun pekerja bank, mereka sewajibnya mengesahkan identiti anda menerusi nombor IC, nama penuh ataupun menghantar kata kunci ‘OTP’ ke nombor telefon atau emel anda sebagai langkah perlindungan.
  • Hantar Pautan Yang Nampak Sah Tetapi Tidak Sepenuhnya Scammers biasanya akan menghantar Pautan palsu yang akan membawa mangsa-mangsanya ke laman web yang nampak hampir sama dengan laman versi asalnya seperti EPF ataupun Program Bantuan Tunai BUDI MADANI kerajaan. Contohnya, Pautan Rasmi yang asal sepatutnya (budimadani.gov.my) manakala Pautan yang palsu pula boleh kelihatan seperti (budimadani.org, budi.madani.my ataupun b4ntuan-maly-terk1ni.com).
  • Gagal Memberikan Sebarang Bukti Dokumen atau Lampiran Sah Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menuntut dirinya sebagai pegawai kerajaaan atau institusi kewangan untuk tujuan pembayaran, scammers biasanya tidak dapat memberikan sebarang dokumen sah seperti surat rasmi ataupun sebarang maklumat yang boleh didapati di laman web rasmi agensi itu.
  • Mahir Manipulasi Emosi Menerusi Ancaman dan Ganjaran Ekstrem Scammers online juga pandai menjejaskan kebolehan anda untuk berfikir rasional menerusi ancaman pasif atau tawaran hadiah yang sangat menarik. Biasanya, mereka juga amat bertekad untuk mendapatkan bayaran daripada anda secara bergesa-gesa!

Jenis-Jenis Scam Paling Popular di Malaysia 2025

Anda tahu tak, setakat tahun 2025 ini, Malaysia telah mencatat jumlah kerugian bernilai sebanyak RM54.02 billion yang disebabkan oleh scam? Betul ni! Malangnya, ini sememangnya satu hakikat yang menjadi satu isu sosial bagi negara kita.

Scammers hari ini sudah menjadi semakin bijak dan mahir menggunakan pelbagai taktik serta teknologi terkini untuk menipu mangsa.

Oleh itu, Penipuan.net bermatlamat untuk membantu setiap orang Malaysia belajar cara terbaik untuk melindungi diri sendiri dan mengelakkan beraneka penipuan menerusi pelbagai helah dan taktik yang licik!

Oleh itu, pakar penyelidikan kami yang berpengalaman dalam jenayah komersial dan internet berusaha untuk menyediakan panduan ini dan juga artikel-artikel lain yang berguna supaya anda boleh mendapatkan gambaran jelas tentang scam internet terbaru dan juga langkah pencegahan penipuan yang praktikal!

Jenis Penipuan Internet Paling Biasa Didapati di Malaysia

Macau Scam

“Macau Scam” ini merujuk kepada sejenis penipuan menerusi panggilan telefon yang beroperasi di bawah sindiket-sindiket bersaiz besar. Mereka biasanya boleh menyamar sebagai pegawai LHDN, polis, kastam, JPJ, KWSP, pekerja bank dan juga ahli keluarga ataupun kawan-kawan anda.

Salah satu taktik yang digunakan oleh sindiket “Macau Scam” ialah teknik “Caller ID Spoofing” di mana penipu menggunakan aplikasi penyamaran atau Voice Over Internet Protokol (VoIP) untuk mengubah nombor telefon yang dipaparkan kepada format hampir seperti nombor rasmi agensi kerajaan atau institut kewangan yang dipilih.

“Macau Scam” biasanya akan mengandungi unsur-unsur berikut:

  • Penyamaran – Penipu akan gelar dirinya sebagai pegawai pihak berkuasa atau syarikat tertentu menerusi pautan atau nombor telefon yang kelihatan hampir sama dengan pihak-pihak rasmi tersebut.
  • Penipuan – Penipu akan memaklumkan mangsa tentang pelbagai masalah atau tawaran yang biasanya mengejutkan seperti kes pendakwaan, hutang tertunggak, nama atau akaun bank disenarai hitamkan, pelaburan dengan pulangan berganda ataupun cabutan bertuah hadiah yang tidak dikenali.
  • Tekanan, Ugutan & Ancaman – Penipu seterusnya akan mendesak anda untuk memberikan butiran peribadi atau lakukan pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan dalam masa terhad. Mereka akan menyatakan pelbagai ancaman atau ugutan dengan nada yang keras dan tidak membenarkan anda ambil masa untuk mengesahkan kenyataan yang mereka sampaikan, contohnya, laman web rasmi.
  • Gagal Memberikan Maklumat Pengesahan – Penipu akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengesahkan tuntutannya menerusi maklumat atau dokumen rasmi seperti surat sah, kes atau tiket yang dibuka pada laman web rasmi pihak berkuasa terbabit.

Mari lihat video di bawah ini yang merupakan satu kejadian sebenar panggilan “Macau Scam” yang berlaku:

Love Scams

Love Scams ataupun dikenali sebagai Romance Scams ini terjadi di mana penipu itu akan mencipta profil di Facebook, Instagram, Telegram, Tinder dan banyak lagi laman web atau App sosial lain dengan menggunakan gambar palsu yang menawan untuk mengumpan mangsa mereka.

Penipu jenis ini biasanya akan hubungi mangsa-mangsa bujang terutamanya golongan wanita yang hidup bersendirian dan gunakan pelbagai helah serta bercakap manis untuk manipulasikan emosi mangsa sehingga mereka terjerat.

Seterusnya, penipu tersebut akan mula berikan berbagai-bagai alasan untuk meminta bantuan kewangan seperti bayaran kepada pegawai imigresen yang menyekat passport mereka, keperluan pengubatan di hospital, kiriman hadiah yang perlukan pembayaran untuk diluluskan ataupun kekurangan modal untuk mulakan bisnes sendiri.

Scam Kerja

Penipuan Tawaran Kerja atau Job Scam menjadi salah satu jenayah yang semakin berleluasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya kes penipuan segolongan pemuda-pemudi yang diperdaya dan dipaksa menjadi konco Scammer di Myanmar pada tahun 2024.

Penipu Job Scam ini biasanya akan menyiarkan tawaran kerja kosong yang bergaji tinggi tanpa memerlukan sebarang kelayakan atau pengalaman kerja di pelbagai platform termasuk Facebook, Instagram, Google Ads, Forum, Jobstreet, Telegram, WhatsApp dan banyak lagi.

Job scam ini biasanya merangkumi ciri-ciri berikut:

  • Penipu tawaran kerja kosong ini biasanya tidak dapat memberikan laman web ataupun maklumat penting syarikat seperti emel, alamat pejabat, ataupun nombor pendaftaran syarikat.
  • Kadang-kala, penipu tawaran kerja kosong juga akan meminta pembayaran pendahuluan sebelum anda mula bekerja.
  • Anda biasanya tidak akan dapat mencarikan sebarang Review atau perbincangan tentang syarikat penipuan kerja kosong itu secara online.
  • Sesetengah sindiket juga akan menipu anda untuk memberikan butiran bank akaun ataupun passport anda supaya mereka boleh lakukan pinjaman wang tanpa pengetahuan mangsa ataupun digunakan sebagai ugutan.
  • Kebanyakan sindiket job scam terutamanya sindiket-sindiket di Myanmar biasanya akan memperdayakan mangsa-mangsa ke luar negara dengan tawaran kerja yang menarik. Sebaik saja mereka sampai, sindiket tersebut akan merampas semua benda berharga termasuk passport, telefon serta dompet dan menculik mereka untuk dipaksa menjadi konco ‘scammer’.

Scam Pelaburan Palsu – Skim Cepat Kaya

Scam Pelaburan atau Investment Scams biasanya bermula dengan penipu yang menggelarkan dirinya sebagai pengurus pelaburan professional ataupun pemilik bisnes yang ingin mencarikan pelaburan modal. Mari lihat ciri-ciri investment scam di bawah mengikuti hasil pemerhatian pakar kami:

  • Mereka akan mengumpan mangsa-mangsa menerusi kadar pulangan yang terlalu tinggi dan tidak praktikal dalam tempoh masa yang singkat.
  • Jenis pelaburan atau produk pelaburan itu tidak pernah dijumpai ataupun terlalu sikit maklumat berkenaan yang boleh dirujuk.
  • Penipu pandai memanipulasikan emosi atau fikiran mangsa dengan taktik sindiran atau bercakap manis.
  • Sesetengah penipu juga akan memaksa anda rekrut bilangan orang yang tertentu untuk menyertai pelan pelaburan yang sama sebelum anda boleh mula menikmati keuntungan.

Kenali Setiap Jenis Scam Yang Kerap Berlaku di Malaysia

Senarai di bawah ini merupakan penipuan atas talian yang paling kerap berlaku di Malaysia pada tahun 2025. Klik pada jenis penipuan cyber di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentangnya!

Scam Cryptocurrency

Scam Cryptocurrency

Scam Pelaburan

Scam Pelaburan

Job Scam

Job Scam

Dating Scam

Dating Scam

Macau Scam

Macau Scam

Bank Scam

Bank Scam

Netflix Scam

Netflix Scam

8 Langkah Mengelak Dari Ditipu

Scam online atau penipuan internet menjadi semakin berleluasa hari ini dan anda mesti sentiasa berwaspada kerana penipuan ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk yang anda tidak selalunya boleh menjangkakan.

Jadi, anda harus ingati dan mengamalkan 8 langkah pencegahan penipuan internet di bawah:

  • 1. Ketatkan Tahap Sekuriti Internet Anda Muat turun perisian antivirus yang boleh dipercayai ke dalam komputer atau laptop anda untuk menghalang sebarang ancaman online seperti Malware, Worms, Spyware, Ransomware ataupun Trojan Horses.
  • 2. Jangan Kongsi Maklumat Peribadi Sembarangan Jangan sesekali memberikan semua butiran peribadi anda yang penting termasuk nombor IC, akaun bank, nama pengguna serta kata laluan laman web rasmi, sosial media dan lain-lain kepada pihak ketiga yang hubungi anda menerusi nombor telefon, app, laman web yang tidak dikenali.
  • 3. Semak Identiti Pihak yang Menghubungi Anda Semak kesahihan nombor telefon atau nombor akaun bank yang diberikan oleh pihak ketiga di laman web rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebelum membalas.
  • 4. Jangan Klik Link Mencurigakan Penipu kini pandai menggunakan WhatsApp atau Telegram untuk menghantar pautan halaman web yang nampak seolah-olah versi sebenar untuk mengumpan mangsa-mangsa mereka. Contohnya, pautan yang mendakwa dirinya sebagai laman web rasmi kerajaan tetapi tidak berakhir dengan “.gov.my” haruslah diabaikan.
  • 5. Guna Laman Web & Aplikasi Rasmi Sahaja Sentiasa merujuk kepada laman web atau App rasmi yang diumumkan oleh agensi kerajaan, bank, syarikat atau bisnes rasmi sahaja. Semak semua maklumat seperti cara hubungi atau nama syarikat itu sama ada ia padan dengan apa yang dipaparkan di platform sosial media atau laman web organisasi itu.
  • 6. Awas dengan Tawaran ‘Terlalu Menawan’ Sekiranya anda ditawarkan sesuatu ganjaran atau skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang amat tinggi, anda perlu tanya soalon-soalan yang realistik seperti adakah benda ini realistik? atau; kenapa dia tawarkan peluang ini kepada saya sahaja? atau; Mengapa tawaran menarik ini tidak dipromosikan secara besar-besaran jika ia memang benar?
  • 7. Aktifkan Pengesahan Dua Faktor (2FA) Pastikan anda mengaktifkan pengesahan Dua Faktor (2FA) bagi semua akaun online termasuk bank, sosial media, emel dan laman web utama yang anda selalu gunakan. Anda perlukan peranti mudah alih yang boleh menerima SMS ataupun muat turun App pengesahan yang ditetapkan.
  • 8. Laporkan Cubaan Scam Segera Anda harus bertindak cepat untuk laporkan sebarang kejadian penipuan atau percubaan menipu yang berlaku kepada pihak berkuasa di balai polis, pihak bank dan juga NSRC.

Kena Scam Apa Perlu Buat – Cara Buat Report

Jika anda alami sesiapa ataupun sebarang insiden yang terasa seperti scam online, jangan panik dan ikuti cara buat laporan polis kes penipuan online di bawah ini!

  • Kumpulkan semua bukti yang terlibat
  • Hubungi NSRC melalui nombor 997 yang bertanggungjawab ke atas semua report scammer Malaysia
  • Laporkan kepada pihak polis secara online
  • Kongsikan pengalaman anda dengan Penipuan.net menerusi

Sentiasa Semak Maklumat dan Berita Scam Online Terkini

Sekiranya anda ingin melindungi diri anda daripada risiko penipuan internet yang berubah-ubah pada zaman kini, pastikan anda ketahui semua maklumat terkini serta sumber sah untuk menyemak latar belakang sesiapa yang kelihatan mencurigakan.

Anda boleh menggunakan mana-mana satu sumber atau alat rujukan pihak kerajaan dan badan kawal selia Malaysia di bawah ini untuk mengesahkan kesahihan pihak ketiga yang tidak dikenali.

Sumber Agensi Kerajaan Untuk Semak Maklumat Scammer
Pihak Berkuasa Secure Link
PDRM – Semak Mule Pergi Ke Laman!
Securities Commission Pergi Ke Laman!
Bank Negara – Senarai Amaran Pengguna Kewangan Pergi Ke Laman!
CelcomDigi – Semak Senarai Scam Terkini Pergi Ke Laman!
Pos Laju – Scam Updates Pergi Ke Laman!
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) – Pusat Aduan Pergi Ke Laman!
KDPN – Pusat Aduan Pyramid Scheme/e-Commerce Scam/Scratch & Win Scam Pergi Ke Laman!
KWSP (EPF) – Scam Alerts Pergi Ke Laman!
Penipuan.net – Anti-Scam Online Lawati Halaman Kami & Dapatkan Berita Scam Terkini!

Akhir Kata: Sentiasa Berwaspada Dengan Scam Online Yang Tersembunyi Di Setiap Sudut

Penipuan internet berubah-ubah dari masa ke masa dan boleh menjadi agak sukar untuk mengenal pastinya pada masa yang singkat terutamanya bagi golongan yang lebih berisiko tinggi seperti orang tua ataupun pemuda-pemudi yang belum berfikiran matang.

Oleh itu, anda harus memastikan ahli keluarga anda mendapatkan semua infomasi tentang Scam online yang sentiasa dikemaskini di halaman utama kami. Pada masa yang sama, kami juga ingin ingatkan anda untuk melindungi data peribadi anda sepenuhnya dan elakkan mendedahkan butiran mustahak diri anda kepada sesiapa yang tidak dikenali!

Penipuan.net
  • Sumber Diuji & Boleh Dipercayai
  • Berita Terkini & Tepat
  • Maklumat Lengkap Berkenaan Semua Pusat Aduan Scam di Malaysia

FAQ Mengenai Scam Online di Malaysia

Kami juga menyediakan beberapa soalan lazim yang kerap ditanyakan oleh orang Malaysia di bawah serta jawapan ringkas dan tepat untuk membantu anda memahami penipuan cyber dengan lebih jelas.

1️⃣ Apa Itu Online Scam?

Scam online di Malaysia merujuk kepada penipuan yang dilakukan melalui internet, di mana penipu cuba memperdaya mangsa untuk mendapatkan wang, maklumat peribadi, atau data peribadi lain secara tidak sah yang digunakan untuk tujuan jenayah. Jenis-jenis online scam yang paling biasa didapati di Malaysia hari ini termasuklah Macau Scam, Scam Cinta, Scam Pelaburan dan juga Job Scam.

2️⃣ Bagaimana boleh tahu sama ada mesej WhatsApp itu satu penipuan atau scam?

Mesej WhatsApp berunsur penipuan biasanya memiliki tanda-tanda amaran seperti nombor telefon yang tidak dikenali, nombor telefon itu yang kelihatannya digunakan oleh individu dan bukannya bisnes sah, pautan yang mencurigakan, tawaran atau ganjaran yang terlalu menawan, ataupun maklumat yang dihantar oleh penyamar itu tidak bersepadan dengan apa yang diumumkan oleh agensi kerajaan, bank ataupun syarikat sebenar.

3️⃣ Cara nak semak akaun bank atau nombor telefon scammer?

Anda boleh melawati laman utama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia - https://semakmule.rmp.gov.my/ untuk menyemak sebarang akaun bank, nombor telefon atau nama syarikat yang mencurigakan untuk ketahui latar belakang pemilik nama akaun atau syarikat tersebut.

4️⃣ Cara Buat Laporan Polis Kes Penipuan Online?

Sekiranya anda mengalami sebarang kes penipuan online atau mengesyaki mana-mana satu scam online yang berisiko tinggi, anda perlu mengambil langkah-langkah tertentu bermula dengan hubungi Hotline 997 - National Scam Response Centre (NSRC) untuk laporkannya. Selain itu, anda juga perlu hubungi bank atau syarikat kewangan anda terbabit untuk menyekat transaksi atau batalkan kad bayaran yang telah digodam atau dicuri oleh sindiket penipu. Akhirnya, anda mesti kumpulkan semua bukti yang berkenaan termasuk log komunikasi, mesej, rekod suara atau lain-lain untuk melakukan laporan polis rasmi di mana-mana satu balai polis terdekat.

5️⃣ Bagaimana cara elak daripada jadi mangsa scam?

Untuk mengelakkan sebarang penipuan cyber, anda perlu ambil langkah-langkah pencegahan termasuk menetapkan kata kunci ketat, sentiasa semak kesahihan pihak ketiga yang meminta maklumat peribadi anda, abaikan nombor atau emel yang tidak dikenali dan juga mendapatkan infomasi terkini serta tepat tentang scam online menerusi sumber yang boleh dipercayai seperti Penipuan.net.